Setiap minggu hadir kelas, buat latihan dan belajar perkataan baharu. Tapi bila tiba masanya untuk membaca sendiri, membina ayat atau bercakap, anak masih teragak-agak.
Belajar lebih lama tidak semestinya bermaksud asas Bahasa Inggeris anak sudah kukuh.
Tempah Free English Level Assessment
Anak boleh menjawab soalan apabila dibantu guru, tetapi sukar melakukannya sendiri. Atau anak sudah menghafal banyak perkataan, tetapi masih tidak tahu bagaimana menggunakannya dalam ayat.
Sebelum menambah lebih banyak latihan atau beralih ke tahap lebih tinggi, semak satu perkara penting: adakah asas Bahasa Inggeris anak benar-benar sudah dikuasai?
Penguasaan bahasa bukan sekadar menghafal maksud. Anak perlu faham bagaimana bunyi dan huruf membentuk perkataan, dan bagaimana perkataan digunakan dalam ayat.
Apabila asas belum kukuh, pembelajaran seterusnya terasa semakin sukar. Anak mungkin ketinggalan, bergantung pada guru atau sekadar menghafal jawapan.
Boleh menjawab selepas diterangkan guru tidak semestinya mampu berdikari. Penguasaan sebenar nampak apabila anak boleh membaca dan menggunakan kemahiran itu sendiri.
Ada anak yang sudah bersedia untuk struktur ayat lebih kompleks. Ada juga yang masih memerlukan bimbingan mengenal bunyi, membaca perkataan dan memahami pembentukan ayat.
Apa yang anak perlukan mungkin bukan lebih banyak topik baharu, tetapi pendekatan yang membantu mereka menguasai asas terlebih dahulu.
Master Key Programme di KLC Language Centre direka untuk membantu pelajar membina dan mengukuhkan asas Bahasa Inggeris, terutamanya yang masih memerlukan bimbingan dalam kemahiran asas. Pembelajaran berstruktur membolehkan anak membina kemahiran secara berperingkat.
Memahami hubungan antara huruf dan bunyi sebagai asas membaca perkataan Bahasa Inggeris.
Mengenali bunyi perkataan dan membina kemahiran membaca dengan lebih teratur, mengikut tahap anak.
Memahami bagaimana bunyi, perkataan dan ayat saling berkaitan untuk asas bahasa yang lebih kukuh.
Pendekatan menyeronokkan seperti permainan menggalakkan penglibatan anak.
Apabila anak lebih faham, mereka berpeluang menggunakan kemahiran itu dengan lebih yakin, mengikut perkembangan masing-masing.
Tonton bagaimana anak membina asas Bahasa Inggeris yang lebih kukuh bersama KLC Language Centre.
Tidak semua anak sesuai memulakan pembelajaran pada tahap yang sama. Sebab itu kami menyediakan Free English Level Assessment untuk mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris anak sebelum program yang bersesuaian disyorkan.
Ibu bapa mendapat gambaran lebih jelas tentang tahap anak dan boleh berbincang dengan pihak cawangan mengenai langkah pembelajaran yang sesuai.
Tempah Assessment PercumaTidak perlu terburu-buru mengejar tahap lebih tinggi. Pastikan asas anak dibina dengan betul.
Pertimbangkan Master Key jika anak anda:
Setiap anak berbeza. Penilaian terlebih dahulu membantu menentukan sama ada Master Key atau program lain lebih sesuai.
Mulakan dengan memahami tahap penguasaan anak. Kemudian, bina kemahiran mereka satu demi satu.
Tempah Free English Level AssessmentPilih cawangan pilihan anda dan pihak cawangan kami akan membantu anda dengan langkah seterusnya.