Cambridge English Sesuai Untuk Anak Umur Berapa? | KLC Language Centre

Cambridge English: Anak Tak Perlu Fasih Dulu Untuk Mula

Kesesuaian bergantung pada tahap penguasaan English anak, bukan umur semata-mata. Kenal pasti tahap mereka, kemudian mulakan di tempat yang betul.

Semak tahap anak anda
Kenali KLC dalam 1 minit

Perlu Tunggu English Anak Bagus Dahulu?

Tidak semestinya. Tetapi pastikan anak bermula pada tahap yang betul. Terus masuk ke pelajaran yang terlalu mencabar boleh membuat anak sukar mengikut.

Anak masih perlukan pengukuhan asas jika:

  • Masih sukar mengenal bunyi dan membaca perkataan English.
  • Kerap tersilap ketika membina ayat mudah.
  • Sukar memahami arahan atau ayat dalam English.
  • Kurang yakin bercakap kerana takut membuat kesilapan.

Anak mungkin bersedia untuk cabaran seterusnya jika:

  • Sudah ada asas membaca dan memahami English.
  • Boleh membina ayat mengikut tahap pembelajaran mereka.
  • Mampu memahami teks yang semakin mencabar.
  • Bersedia mengembangkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

Senarai ini hanya panduan awal. Tahap sebenar perlu dinilai berdasarkan kemahiran yang anak tunjukkan.

Empat perkara yang kami semak

MembacaBoleh baca dan faham perkataan atau ayat?
MenulisBoleh bina ayat mudah dan sampaikan idea?
MendengarFaham arahan dan perbualan?
BertuturBoleh berkomunikasi dengan yakin?

Jangan teka tahap anak. Kenal pasti dahulu.

Laluan Pembelajaran Cambridge English

Dari asas bunyi dan perkataan, hingga penggunaan bahasa yang lebih kompleks. Anak tidak perlu bermula dari tahap yang sama dengan rakan sebaya, tetapi dari tahap yang sesuai dengan penguasaan masing-masing.

  • FoundationMembina asas bunyi, perkataan, bacaan dan struktur ayat mengikut keperluan pelajar.
  • Cambridge Young Learners
  • Pre A1 StartersPeringkat awal untuk membina kemahiran English asas.
  • A1 MoversMengembangkan pemahaman dan penggunaan English dalam situasi mudah.
  • A2 FlyersMengukuhkan kemahiran English untuk komunikasi dan pembelajaran yang lebih mencabar.
  • Cambridge English Qualifications
  • A2 KeyMenggunakan English dalam situasi harian yang mudah.
  • B1 PreliminaryMemahami dan berkomunikasi dalam pelbagai situasi.
  • B2 FirstMenggunakan English dengan lebih yakin dalam situasi yang lebih kompleks.
  • C1 AdvancedMenguasai penggunaan English pada tahap lanjutan.

Gambaran umum sahaja. Laluan sebenar pelajar bergantung pada kemahiran, kelayakan dan program yang ditawarkan.

Asas Masih Lemah? Bina Dahulu.

Jangan terus melompat ke tahap lebih tinggi hanya kerana anak sudah mencapai umur tertentu. Master Key Programme di KLC membantu pelajar mengukuhkan asas English sebelum bergerak ke pembelajaran yang lebih mencabar.

Matlamatnya bukan sekadar menamatkan sesuatu tahap, tetapi membantu anak memahami apa yang dipelajari dan menggunakannya dengan yakin.

Bina asas. Tingkatkan keyakinan. Bersedia untuk langkah seterusnya.

Lihat bagaimana Master Key berfungsi

Dengar Sendiri Daripada Ibu Bapa

Video pengalaman ibu bapa yang anaknya belajar di KLC.

Apa Kata Ibu Bapa

Pautan ke ulasan Google: Lihat semua ulasan di Google

Mengapa Ibu Bapa Pilih KLC

Ikut tahap, bukan umur

Anak dibimbing mengikut tahap kemahiran mereka.

Kelas kecil, maksimum 5 pelajar

Guru ada lebih banyak peluang untuk beri perhatian kepada setiap pelajar.

Empat kemahiran English

Listening, Speaking, Reading dan Writing, untuk kemahiran bahasa yang menyeluruh.

Laluan berperingkat

Kukuhkan asas, kemudian kembangkan kemahiran mengikut tahap masing-masing.

11

cawangan untuk kemudahan anda

Sembilan di Johor Bahru dan dua di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

5

pelajar sekelas, paling ramai

Kelas kecil, perhatian lebih.

Mulakan Dengan Mengetahui Tahap English Anak

Tak perlu membuat andaian sama ada anak sudah bersedia untuk Cambridge English atau masih perlukan pengukuhan asas. Melalui Free English Level Assessment, KLC mengenal pasti tahap semasa anak dan mencadangkan program yang sesuai.

  1. Hubungi KLC melalui WhatsApp.
  2. Pilih cawangan yang berdekatan.
  3. Aturkan Free English Level Assessment untuk anak.
  4. Dapatkan cadangan program berdasarkan tahap mereka.

Penilaian ini bukan kelas percubaan.

Soalan Lazim

Pada umur berapa anak boleh mula belajar Cambridge English?

Cambridge English mempunyai kelayakan dan laluan pembelajaran untuk pelbagai peringkat. Kesesuaian bergantung pada kemahiran bahasa dan tahap pembelajaran anak. Penilaian awal membantu menentukan langkah yang sesuai.

Adakah anak perlu fasih berbahasa Inggeris sebelum mengambil Cambridge English?

Tidak semestinya. Anak boleh membina kemahiran secara berperingkat. Jika asas masih lemah, pengukuhan asas mungkin diperlukan sebelum meneruskan ke tahap yang lebih mencabar.

Bagaimana jika anak saya lemah dalam membaca English?

Tahap membaca perlu dinilai bersama kemahiran bahasa yang lain. Jika anak memerlukan pengukuhan asas, Master Key Programme boleh dipertimbangkan berdasarkan hasil penilaian dan cadangan pihak KLC.

Bolehkah anak terus masuk ke tahap B1 atau B2?

Penempatan bergantung pada penguasaan English semasa dan kesediaan anak. Umur atau tahap rakan sebaya tidak semestinya menentukan tahap yang sesuai.

Adakah KLC menyediakan kelas percubaan percuma?

KLC menyediakan Free English Level Assessment untuk mengenal pasti keperluan pembelajaran anak. Penilaian ini bukan kelas percubaan.

Bagaimana saya tahu program yang sesuai untuk anak saya?

Hubungi cawangan KLC yang berdekatan untuk mengatur penilaian tahap English. Pihak cawangan akan mencadangkan program berdasarkan hasil penilaian.

Jangan Tunggu Sehingga Anak Ketinggalan

Setiap anak ada perjalanan belajar yang berbeza. Kenal pasti tahap mereka lebih awal, bina asas yang lebih kukuh dan bergerak ke tahap seterusnya dengan lebih terarah.

Beri Anak Anda Kelebihan Untuk Menang.