Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.
Jangan jadi “grammar nazi”
Jangan halang orang lain bertutur bahasa lain dengan anak anda
Jangan risau anak anda tidak faham “terms”
Jangan takut anak anda keliru
Semua perkara di atas harus dielakkan ketika proses belajar dirumah.
Jangan jadi “grammar nazi” dengan anak ketika dia baru mula belajar bahasa Inggeris
Jika anak anda baru diberi pendedahan dalam bahasa Inggeris ketika mereka masih kecil seperti 3 & 4 tahun, elakkan untuk jadi “grammar nazi” kepada anak anda. Jangan terlalu “stress” nak betulkan grammar anak sampai dia rasa bahasa Inggeris ni susah. Along the way, they will learn as they grow.
Jangan risau kalau anak anda tak faham sesuatu “terms” yang anda gunakan ketika berkomunikasi dengan mereka
Jika anak anda bertanya soalan, jawab dengan penerangan yang jelas dan mudah untuk mereka fahami. Elakkan untuk jawab persoalan anak dengan sesuatu yang tidak wujud/dongeng. Beri penerangan yang betul sehingga mereka faham.
Jangan halang orang lain berbahasa selain daripada bahasa Inggeris dengan anak anda
Walaupun anda berbahasa Inggeris dengan anak anda, jangan halang orang lain untuk berbahasa yang berbeza. Biarkan mereka cuba “absorb & blend” bahasa tersebut. Ini kerana semasa mereka kecil lah waktu yang terbaik untuk mahir pelbagai bahasa. Jika mereka tanya soalan tentang sesuatu perkataan, jawab dengan jelas & mudah difahami.
Jangan takut anak anda keliru
Dalam proses belajar ni tidak mengapa jika mereka bertanya banyak soalan kepada anda. Itu menunjukkan mereka ada “effort” untuk memahami & belajar. Lama kelamaan mereka pasti boleh membezakan sesuatu bahasa itu. Ini kerana, otak mereka seperti span yang sedang menyerap air. Adalah lebih mudah proses belajar ketika ini berbanding ketika mereka sudah dewasa.
Jom dapatkan sesi ujian penilaian Bahasa Inggeris percuma untuk anak anda. Hanya perlu isi borang dibawah, dan kami akan hubungi anda 👇👇👇
https://www.klceducation.edu.my/landing-page/borang-penilaian-bi-percuma
Whatsapp kami untuk maklumat lanjut 👇👇👇
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.