Peperiksaan Cambridge bukan sahaja meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar malah turut memberi motivasi serta keyakinan yang tinggi.
Cambridge Asessment English telah mengumpulkan hasil kajian daripada 5,789 guru dan pengetua sekolah di 109 negara untuk melihat secara terperinci pengalaman mereka dalam Cambridge English Qualifications.
Satu set ujian bahasa Inggeris yang khusus telah direka untuk membantu para pelajar mengembangkan kemahiran komunikasi yang lebih efektif.
Hasil kajian tersebut menunjukkan dengan jelas kesan positif kelayakan ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. 95% responden bersetuju bahawa persediaan untuk menduduki Cambridge English Qualifications telah meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar mereka.
Pada masa yang sama, 86% melaporkan bahawa persediaan untuk Cambridge English Qualifications memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pelajar mereka dan 90% bersetuju bahawa ia turut meningkatkan motivasi pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa motivasi adalah antara faktor yang paling penting dalam proses pembelajaran bahasa.
Pengetua Sekolah di Cambridge Assessment English, Guy Chapman berkata, Cambridge English Qualifications direka untuk membantu belajar bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia.
"Maklum balas yang kami perolehi dari lebih 5,000 guru dan pemimpin sekolah mengesahkan bahawa Cambridge English Qualifications benar-benar membantu sekolah untuk meningkatkan bahasa Inggeris pelajar mereka dan memberi mereka kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan sepanjang persekolahan dan kehidupan mereka," tambahnya. Chapman.
Kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka meningkatkan piawaian pengajaran, menyediakan kurikulum yang jelas, serta penyediaan banyak bahan-bahan sokongan untuk guru.
KLC turut menyediakan program bagi persediaan Cambridge English Qualifications melalui program Treasure Box. Ia merangkumi 3 peringkat kemahiran bahasa Inggeris iaitu :
1) Starters
2) Movers
3) Flyers
Tekan ikon whatsapp di bawah untuk dapatkan sesi penilaian bahasa Inggeris PERCUMA!
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.