5 TIP ATUR "ONLINE CLASS" UNTUK ANAK DI RUMAH - KLC English Language Centre
5 TIP ATUR "ONLINE CLASS" UNTUK ANAK DI RUMAH

5 TIP ATUR "ONLINE CLASS" UNTUK ANAK DI RUMAH

Harap tip yang saya kongsi disini bermanfaat untuk anda dan anak-anak. Jangan lupa kongsi link ni di FB anda atau TAG kawan-kawan yang dah mula buntu nak urus jadual anak-anak di rumah

5 TIP UNTUK IBU BAPA PASTIKAN SESI PEMBELAJARAN SECARA ONLINE DI RUMAH BERJALAN DENGAN BAIK

1) RANCANG JADUAL ANAK-ANAK

Kami faham mungkin ada banyak urusan di rumah yang anda perlu susun lebih-lebih lagi mereka yang kena “work from home” sekarang ni. Tapi saya cadangkan, malam sebelum tidur tu ambil masa dalam 10-15 minit untuk plan jadual anak untuk hari esok. Kalau dapat buat plan untuk seminggu lagi bagus.

Contoh, kalau anak-anak kena join class pukul 10 pagi, pastikan mereka dah bangun awal. Mandi dan sarapan. Baru mereka lebih bersedia nak sertai kelas. Jangan dah nak mula kelas baru nak kejut anak bangun tidur. Anak pun jadi macam terkejut. Bangun terus nak join class. Risau input yang cikgu bagi tu tak dapat diserap dengan baik.

2) BUAT NOTA

Sediakan buku nota untuk anak sebelum mereka mulakan class. Letak je atas meja tu buku dan pensel atau pen. Beritahu mereka, catat isi-isi penting yang cikgu cakap. Lepas dah catat tu jangan lupa pulak untuk buat ulangkaji. Satu lagi perkara saya nak tekankan di sini, anda perlu wujudkan suasana pembelajaran yang seronok di rumah.

Jangan beri tekanan pada anak-anak. Tak perlu nak set up meja kerusi baru mahal-mahal. Cukuplah dengan sediakan ruang yang selesa untuk anak join class. Beri mereka semangat dan dorongan.

3) TAKE-5

Okay yang ni sangat penting ya ibu bapa semua. Contoh, kita tahu anak ada kelas “back-to-back” dari pagi sampai tengah hari. Sediakan air minuman dan makanan ringan (roti/biskut). Bila cikgu bagi masa rehat 5 minit tu, guna masa tu untuk minum air dan jamah sikit makanan.

Untuk bagi tenaga sikit nak teruskan sesi kelas. Kita yang dewasa ni pun perlu take-5 bila buat kerja, lagikan pula anak-anak yang kecil lagi kan. Jangan abaikan perkara ni tau.

4) BERI PUJIAN DENGAN PENCAPAIAN ANAK SETIAP HARI

Bukanlah tiap masa kita kena puji, tapi bila anak dah selesai kelas tu, cuba tanya mereka harini belajar apa. Kalau ada belajar benda baru dan anak dapat selesaikan dengan baik, beri pujian pada mereka. Kita yang dewasa ni pun bila orang puji, kita terus rasa semangat.

Samalah juga macam anak-anak kita ni. Tak rugi pun kalau kita puji atas pencapaian mereka. Janganlah bila mereka beriya cerita dengan kita, tapi kita pulak pegang phone scroll Instagram. Jangan lah macam tu ya. Bila anak-anak ni semangat nak kongsi cerita, kita pun kena semangat untuk dengar.

5) KONSISTEN & DISIPLIN

Haaa yang terakhir ni lah yang paling penting sekali. Pucuk pangkal, konsisten & disiplin yang menentukan sesi kelas haritu berjaya atau tidak. Masa awal tadi saya ada mention pasal jadual kan? Okay, kalau kita dah buat jadual untuk seminggu terus, print dan tampal kt dinding bilik anak-anak. Ingatkan mereka, ni jadual sepanjang minggu.

Jadi, kena disiplin ikut jadual ni. Kita sebagai ibu bapa, kita kena disiplinkan diri kita dulu, barulah anak-anak senang nak ikut. Dalam apa pun kita buat, konsisten adalah perkara yang utama. Kalau kita tak konsisten, buat apa pun jadi susah nak mahir, susah nak pandai. Pastikan rutin harian anak-anak tu konsisten. Jangan lupa bagi mereka masa rehat juga. Kalau hujung mingu tu, boleh lah buat aktiviti kekeluargaan dengan mereka di rumah.

Baiklah, saya rasa itu saja perkongsian harini. Harap tip ini bermanfaat untuk anda dan anak-anak. Jangan lupa kongsi link ni di FB anda atau TAG kawan-kawan yang dah mula buntu nak urus jadual anak-anak di rumah.

Jun 10, 2021

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge