Kanak-kanak yang mendapat pendedahan bahasa kedua pada usia muda mereka satu kelebihan.
Anak-anak sentiasa akan mengikut ibu bapa mereka. Untuk mengajar mereka, kita sendiri mesti membaiki bahasa inggeris kita supaya kita tahu apa yang kita ajar. Atau kita boleh gunakan peluang ini untuk belajar bersama mereka.
Walaupun bayi seperti tidak faham apa yang kita cakap, tetapi sebenarnya mereka mendengar apa yang kita cakap. Bacakan buku-buku bahasa inggeris sejak mereka bayi lagi. Mulakan dengan yang mudah seperti ‘Nursery Rhymes’ dan naik taraf kepada buku cerita ringkas dan suku kata ringkas apabila usia mereka semakin meningkat.
Menyanyi adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mempraktis menggunakan bahasa inggeris. Anak-anak juga akan lebih tertarik untuk bersama-sama menyanyi. Secara tidak langsung, mereka akan lebih biasa dengan penggunaan bahasa inggeris. Dan jika bukan masa menyanyikan lagu anak kecil, kita boleh memperbanyakan mendengar lagu inggeris supaya mereka sentiasa di dedahkan dengan bunyi bahasa inggeris.
Mungkin ramai yang tidak sedar, sebenarnya dengan mendedahkan anak-anak dengan video atau kartun bahasa inggeris dapat membantu meningkatkan penggunaan bahasa inggeris anak di usia muda. Muat turun video bagi mengelakan penggunaan internet secara langsung serta gangguan iklan yang tidak sepatutnya.
Gunakan aktiviti bermain dengan anak anda sebagai salah satu medium anda mengajar anak anda bahasa inggeris. Main permainan yang menggunakan bahasa inggeris atau anda sendiri boleh mengubah permainan sedia ada dengan permainana yang menggunakan bahasa inggeris. Contohnya permainan congkak boleh menjadi aktiviti mengira di dalam bahasa inggeris.
Jadikan bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi di rumah. Dengan cara ini, anak anda akan lebih biasa dengan penggunaan bahasa inggeris dan lebih mudah faham dengan contoh perbuatan. Contohnya, berkata “Let’s take a bath” sebelum setiap kali waktu mandi. Lama-kelamaan mereka akan faham kaitan perbuatan dan perkataan tersebut.
Aktiviti kraft bersama anak memang sentiasa menyeronokan. Semasa memberi tunjuk ajar atau arahan membuat kraf, gunakan bahasa inggeris. Anak anda akan belajar dari contoh yang anda tunjuk – “First, take blue paper” – “Then we cut into half” .
Kita tidak boleh mudah putus asa dalam membantu anak-anak kita meningkatkan penggunaan bahasa inggeris. Kadang-kala mereka akan seperti tidak menerima, namun kita harus konsisten dalam membantu mereka.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.