Sebelum anda meneruskan pembacaan ni, saya minta anda buka minda semasa membacanya.
BERI GAJET PADA ANAK DALAM ERA PANDEMIK : KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN?
Sebelum anda meneruskan pembacaan ni, saya minta anda buka minda semasa membacanya.
Dalam era pandemik ni, peratusan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak seawal usia 5 tahun perlu menggunakan gajet (komputer,laptop, telefon pintar) untuk sesi pembelajaran secara atas talian.
Mungkin ini adalah kali pertama ibu bapa beri anak-anak mereka menggunakan gajet. Tapi untuk memastikan anak-anak mengikuti kelas, ibu bapa perlu lakukan ini. Jika tidak, anak-anak akan ketinggalan dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang perlu bekerja, tiada masa yang cukup untuk mengajar sendiri anak-anak.
Walaupun ibu bapa membenarkan anak-anak menggunakan gajet untuk sesi kelas mereka, ibu bapa perlu pantau penggunaan gajet tersebut apabila selepas waktu kelas. Ada baiknya anda perlu beri penjelasan kepada anak-anak bahawa penggunaan gajet hanya untuk kelas online sahaja.
Bukan untuk hiburan seperti permainan video yang boleh membuatkan mereka leka. Setelah selesai sesi kelas, ambil gajet tersebut dan simpan. Buat aktiviti fizikal bersama anak-anak dirumah seperti bersenam, memasak & sebagainya.
Jika kita dah mula beri guna gajet untuk permainan video, percayalah, mereka akan terus mendesak anda untuk itu setiap hari. Jangan salahkan anak kita kalau mereka ketagih gajet atau permainan video, kerana kitalah yang beri mereka peluang tu.
BAGAIMANA NAK MANFAATKAN PENGGUNAAN GAJET?
Sepertimana kita lihat, kelas secara online seperti tuisyen, kelas-kelas bahasa, kelas musik secara online ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Daripada biarkan anak-anak guna gajet untuk perkara yang tidak berfaedah, lebih baik anda isi masa mereka dengan mendaftarkan kelas-kelas online yang boleh memberi keseronokan kepada mereka. Jadi takdelah mereka rasa nak main permainan video di rumah kan. Kerana keseronokan tu boleh dicapai dengan hadiri kelas-kelas online yang menerapkan konsep pembelajaran interaktif dan sekaligus bermanfaat.
Pucuk pangkal nya, kita sebagai ibu bapa perlu main peranan atur jadual anak-anak. Jangan anak-anak yang atur kita pula di rumah. Anda yang corakkan penggunaan gajet itu akan beri impak positif atau negatif kepada anak-anak.
Ingat, perlakuan anda di rumah juga mampu mempengaruhi anak-anak. Luangkan lebih masa bersama anak-anak dari anda leka layan sosial media. Percayalah, kesannya akan nampak serta merta! Anak-anak akan lebih mudah untuk dengar kata & lebih berdisiplin. Kasih sayang keluarga sudah tentu akan jadi lebih erat.
Ambil peluang ini untuk pantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah. Kalau sebelum ni mungkin tunggu hujung tahun bila ambil buku laporan anak-anak baru kita tahu tahap mereka macam mana.
Bila anak perlu hadir online class tu, beri semangat kepada mereka untuk fokus dan buat yang terbaik! Sebenarnya ramai ibu bapa di luar sana yang ambil peluang era pendemik ini untuk tingkatkan lagi kemahiran anak di rumah. Jangan biarkan anak anda ketinggalan. JANGAN!
Jika anda sedang mencari kelas online yang boleh mengisi masa anak dan boleh mengubah masa depan mereka, jom lah daftarkan mereka kelas bahasa Inggeris di KLC!
Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai kelas online di KLC, boleh klik link dibawah ni ya!
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.