Bahasa Inggeris ini penting untuk masa depan anak yang lebih cerah.
Tunku Temenggong Kedah, Tan Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan graduan agar menguasai bahasa Inggeris demi memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang rata-ratanya dalam bahasa berkenaan.
Baginda bertitah, apabila menguasai bahasa ilmu itu juga, graduan akan lebih mudah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
"Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu yang diguna pakai hampir seantero dunia, dengan ini, saya suka mengingatkan graduan agar mampu berbahasa Inggeris.
"Graduan akan memperoleh maklumat sebanyak mungkin daripada pelbagai sumber yang rata-rata dalam Bahasa Inggeris dan seterusnya berjaya dalam kehidupan seperti kata Mahatma Gandi 'You Must Be The Change, You Want To See In The World'," titah baginda.
Bahasa Inggeris adalah bahasa global yang digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai dari peringkat sekolah lagi. Lebih kurang 1.5 bilion manusia di dunia bertutur dalam Bahasa Inggeris manakala 1 bilion lagi sedang mempelajarinya.
75% daripada surat dan poskad di dunia ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Walaupun Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara kita, namun penguasaan Bahasa Inggeris dapat membantu seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Bak kata pepatah, menuntut ilmu biar sampai ke negeri China.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa ekonomi dan teknologi yang membolehkan negara menjadi lebih kompetitif dalam era dunia tanpa sempadan. Lihat sahaja negara-negara berekonomi tinggi seperti Perancis, China, Jepun dan lain-lain yang sebelum ini memandang remeh kepentingan Bahasa Inggeris.
Kini negara-negara tersebut telah pun mengiktiraf kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antarabangsa. Bukankah negara kita Malaysia juga sepatutnya begitu?
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.