Guru Di Malaysia Antara Yang Paling Berdedikasi - KLC English Language Centre
Guru Di Malaysia Antara Yang Paling Berdedikasi

Guru Di Malaysia Antara Yang Paling Berdedikasi

Sebanyak 70 peratus guru di negara ini merasakan tugas mendidik mempunyai ganjaran tersendiri

Bancian Pendidikan Global yang pertama kali diadakan mendapati guru di negara ini paling menyukai pekerjaan mereka dan antara golongan pendidik di dunia paling berdedikasi bagi memastikan pelajar mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Kumpulan pendidikan dari Penilaian Pendidikan Antarabangsa Universiti Cambridge yang menjalankan bancian itu berkata, sebanyak 70 peratus guru di negara ini merasakan tugas mendidik mempunyai ganjaran tersendiri.

“Bancian juga mendapati sebanyak tiga daripada empat guru di Malaysia mengadakan kelas tambahan untuk membantu murid mereka mencapai keputusan peperiksaan yang baik.

“Keputusan peperiksaan dicapai oleh murid-murid di Malaysia juga yang paling tinggi dicapai antara negara-negara terlibat dalam bancian ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan seperti dilaporkan akhbar The Star tahun.

Oleh itu hargailah pengorbanan guru-guru kita untuk mendidik kita setiap hari.

Di KLC, guru-guru kami diberikan latihan berterusan untuk memastikan kualiti serta momentum pengajaran di dalam kelas semakin baik. Apa yang menjadi kepuasan seseorang guru adalah melihat anak muridnya berjaya dengan cemerlang.

Hubungan yang akrab antara guru dan murid juga membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bancian itu melihat keadaan persekolahan pelajar berumur antara 12 hingga 19 tahun dan guru di 10 negara termasuk Argentina, China, India, Indonesia, Pakistan, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 477 pelajar dan 634 guru di negara ini terlibat dalam bancian tersebut.

 

Jul 11, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge