Pendidikan Mempengaruhi Kehidupan - KLC English Language Centre
Pendidikan Mempengaruhi Kehidupan

Pendidikan Mempengaruhi Kehidupan

Saban tahun, bilangan institusi pendidikan di negara kita semakin meningkat, hampir seluruh negeri mempunyai institusi pendidikannya sendiri sama ada institusi awam mahupun swasta. Lihatlah cepatnya perkembangan ini berlangsung.

Nampaknya masyarakat semakin sedar akan kepentingan pendidikan. Jika dahulu dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah boleh menjadi sijil tertinggi, tapi hari ini paling kurang mestilah memiliki diploma atau ijazah sarjana muda paling kurang.

 

Bertambahnya golongan berpendidikan tinggi juga semakin meningkat dengan peratusan lepasan institusi pendidikan saban tahun. Terlalu ramai lepasan lulusan universiti sehingga terjadi pula pengangguran.

 

1. Pendidikan mampu membawa kemajuan terhadap tamadun manusia dari semasa ke semasa.

 

Iaitu, menarik keluar dari kehidupan yang primitif kepada yang lebih moden dan terkehadapan. Buktinya pada zaman dahulu manusia mempelajari pelbagai ilmu tetapi dengan cara tertentu, itu tetaplah ilmu pengetahuan juga.

 

 

2. Lihatlah sejarah awal empayar China yang sangat mementingkan ilmu pendidikan dan mengagungkannya.

 

Bagi mereka pendidikan mampu mengubah nasib negara, oleh itu mereka amat menitikberatkan soal pendidikan kepada rakyatnya.

 

3. Perkembangan pendidikan dari awal sehingga peringkat tertinggi

 

Ketika tamadun awal adalah bukti terbaik perkaitan ilmu amatlah penting dan mampu menaikkan atau memundurkan sesebuah masyarakat atau tamadun.

 

4. Sehingga hari ini, pendidikan berkembang dan lebih sebati dengan kehidupan manusia lantaran ianya lebih bersistematik, teratur dan tersusun dalam silibus tertentu.

 

Sehinggakan wujudnya ‘sektor’ dan ‘bidang’ dalam aliran pendidikan.

 

 

5. Seterusnya melibatkan pengkhususan sektor-sektor tertentu seperti; robotik, akuatik, pertanian, teknologi sains, perubatan dan lain-lain.

 

Ini sebenarnya telah banyak memudahkan kehidupan manusia dalam zaman tertentu selain  mempengaruhi kemodenan dan kemajuan di masa akan datang.

 

Tentang Penulis

Muhammad Syafiq adalah siswa Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Pengajian Aqidah dan Agama. Beliau adalah penulis yang terpilih dalam Liga Penulisan Artikel Pengajian Tinggi.

 

Ogo 10, 2022

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge