Terdapat 4 punca utama yang menyebabkan kanak-kanak tidak menunjukkan minat dalam Bahasa Inggeris
Apakah sebenarnya punca anak anda tidak berminat dalam Bahasa Inggeris?
Terdapat 4 punca utama yang menyebabkan kanak-kanak tidak menunjukkan minat dalam Bahasa Inggeris
1) Sering Diejek Oleh Rakan
Situasi ini boleh berlaku apabila anak anda cuba untuk bercakap dalam Bahasa inggeris tetapi sering diejek rakan kerana tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. Hal ini menyebabkan mereka terus berasa rendah diri dan tidak yakin untuk bercakap dalam Bahasa inggeris lagi selepas kejadian itu. Ini adalah amalan yang sangat tidak sihat kerana boleh menjejaskan semangat serta keyakinan anak anda.
2) Tidak Dilatih Dirumah
Pendidikan semuanya bermula dari rumah. Ya, kenyataan ini sememangnya sangat benar. Sama juga seperti pendedahan tentang Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda. Ibu dan bapa di rumah memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik mereka dalam kemahiran berbahasa inggeris ketika di rumah. Ini juga adalah latihan atau praktis yang baik bagi meningkatkan tahap kemahiran anak anda.
3) Kurang Keyakinan Diri
Perkara ini sering berlaku apabila anak anda dikelilingi oleh rakan-rakan yang boleh bercakap dalam Bahasa inggeris dengan baik. Dia semestinya akan berasa terpinggir dengan keadaan tersebut. Oleh yang demikian, mereka memilih untuk tidak bergaul sekali gus boleh memberi kesan terhadap kehidupan sosial mereka.
4) Kaedah Pembelajaran Yang Tidak Berkesan
Teknik pembelajaran yang berkesan penting untuk menimbulkan minat anak anda dalam Bahasa Inggeris. Kaedah konvensional seperti menghafal tidak lagi relevan dan semakin tidak digemari kanak-kanak. Ini kerana kaedah tersebut agak membosankan dan tidak efektif.
Anda tidak perlu risau lagi kerana kini terdapat kaedah dan teknik berkesan yang diwujudkan oleh KLC untuk membantu anak anda menguasai Bahasa inggeris seperti "PRO".
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.