Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa.
Melalui pembacaan, anak akan terbiasa mendengar/melihat pelbagai perbendaharaan kata yang baru. Ini akan memperkaya kosa kata mereka dan membantu mereka dalam memahami berbagai perkara yang ada di sekitar mereka.
Hal ini juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk membuat otak agar lebih berkembang kerana anak dirangsang untuk memperkaya bahasa mereka.
Dengan perbendaharaan kata yang semakin banyak, ia dapat membantu anak lebih mudah dalam berkomunikasi. Mereka akan lebih percaya diri dalam berucap kerana mereka kaya dengan berbagai kata dan perkataan. Malah, hal ini juga dapat membantu anak-anak untuk menyusun perkataan dengan baik.
Selain itu, sewaktu ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak, sebaiknya pembacaan tersebut berlaku dengan nada suara serta intinasi yang dapat didengar dengan baik oleh anak-anak (read a loud).
Kerana dengan read a loud, ibu bapa sebenarnya telah mengajarkan banyak keterampilan dalam berkomunikasi. Anak-anak juga akan belajar bagaimana cara untuk berkata-kata, mendengar dan membaca dengan baik.
Berbagai konsep dalam kehidupan dapat ibu bapa kenalkan kepda anak-anak melalui membaca. Mulai dari pengenalan berbagai jenis warna, bentuk, huruf, angka dan lain-lain.
Malah, kebiasaannya, anak-anak yang bersifat inkuiri akan sering bertanya soalan sekiranya ibu bapa membacakan sesuatu konsep atau ilmu yang baru kepada mereka. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung sangat membantu anak-anak untuk memahami seuatu konsep baru.
Membaca dapat melatih anak untuk berfikiran logik. Ketika ibu bapa membacakan buku untuk anak, mereka akan belajar untuk memahami sebab dan akibat, belajar untuk memahami konsep ilmu logik, serta berfikir secara abstrak. Anak juga akan belajar mengenai akibat dari suatu tindakan, dan hukum-hukum apa yang benar dan salah.
Aktiviti membaca memerlukan perhatian yang cukup lama. Ini dapat melatih konsentrasi anak, bagaimana mereka tetap dalam posisi tenang, mendengarkan dan memproses informasi agar diterima dengan baik.
Bila anak sudah terbiasa sejak kecil dilatih konsentrasinya, maka ia akan lebih mudah untuk melaksanakan serta menyelesaikan suatu pekerjaan dengan hasil yang maksimum.
Membaca tentang aneka ragam kehidupan dapat membuka fikiran anak-anak. Informasi yang mereka terima dapat membantu mengembangkan kreativiti otak mereka. Ini kerana anak akan terpanggil untuk memiliki rasa ingin tahu terhadap sesuatu cerita atau ilmu baru yang diperolehi daripada pembacaannya.
Proses membaca buku merupakan proses komunikasi yang interaktif antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini membantu menjalinkan ikatan emosional antara kedua-dua pihak.
Anak akan merasa dihargai dan diberi perhatian dan dicintai oleh ibu bapa. Kebahagiaan itulah yang akan membuat mereka merasa dekat dengan kedua ibu bapa. Anak merasa memiliki sahabat terbesar dalam hidupnya yang setia menemani mereka dalam apa keadaan sekalipun.
Pembacaan juga merupakan salah satu cara untuk membangunkan karektor anak-anak. Pilih bacaan yang mengandungi nilai-nilai sosial. Dengan cara ini, anak dapat belajar untuk berperilaku dengan baik dan tahu berkenaan adab serta adat masyarakat.
Jika dari kecil anak-anak sudah terbiasa dibacakan buku oleh ibu bapa mereka, hal ini akan mendorong untuk anak-anak suka membaca buku jika mereka sudah pandai membaca sendiri. Ini kerana, mereka sudah terbiasa berada dalam lingkungan kondusif yang menmpengaruhi mereka untuk melakukan aktiviti membaca.
Hal ini akan memupuk minat serta budaya membaca dalam diri mereka. Pada tahap ini, amalan membaca bukanlah suatu hal yang harus dipaksakan lagi kerana kesedaran itu akan timbul sendiri dalam diri anak betapa pentingnya membaca.
Anak yang terbiasa dibacakan buku sejak kecil, tidak akan mengalami kejutan budayasewaktu mereka memasuki zaman persekolahan. Sebuah data statistik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa anak-anak yang pintar di sekolah adalah seorang pembaca yang baik.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.