Kepentingan Kemahiran Mendengar Bagi Kanak-Kanak - KLC English Language Centre
Kepentingan Kemahiran Mendengar Bagi Kanak-Kanak

Kepentingan Kemahiran Mendengar Bagi Kanak-Kanak

Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak. Kemahiran mendengar mampu membantu kanak-kanak menghayati sesuatu kontek perbualan harian serta formal dengan baik.

Terdapat beberapa aktiviti atau latihan yang boleh dilakukan bagi mengadaptasikan kemahiran mendengar yang juga merupakan salah satu kemahiran yang diperlukan dalam kemahiran berbahasa. Hal ini kerana aktiviti secara kerap merupakan salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. 

Antara aktiviti untuk menguatkan kemahiran mendengar iaitu mendengar, menyebut dan menulis semula perkataan atau ayat yang didengari. Latihan secara kerap meningkatkan tahap kemahiran pelajar dari semasa ke semasa. 

Seseorang pelajar yang berjaya menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat.

Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar.

Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengari.

Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekiranya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas. 

Di KLC, kemahiran asas mendengar bahasa Inggeris turut dilatih bagi memastikan setiap pelajar menguasai kesemua elemen asas penguasaan bahasa iaitu membaca, mendengar, menulis & bertutur.

 

 

 

Jun 20, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge