Untuk aktiviti tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KLC kali ini, kami telah memilih untuk berjumpa kanak-kanak di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Cheng En, Johor Bahru.
Untuk aktiviti tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KLC kali ini, kami telah memilih untuk berjumpa kanak-kanak di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Cheng En, Johor Bahru.
Setibanya kami di sana, wakil penjaga di rumah kebajikan berkenaan menyambut baik kedatangan kami. Tidak kurang juga kanak-kanak di sana sangat teruja apabila melihat kami tiba di sana.
Senyuman mereka membawa makna yang cukup mendalam bagi kami. Mereka suka sangat belajar bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti dapat kami laksanakan di sana. Antaranya ialah “memory game” dan “word search game”. Semua aktiviti yang kami lakukan bersama mereka dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kami turut menyumbang makanan tambahan iaitu vitamin C serta set alat tulis istimewa untuk semua kanak-kanak di sana.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.