Aktiviti yang dijalankan bersama kanak-kanak di sama adalah sesi belajar mengeja bahasa Inggeris, permainan kerusi beracun, "tongue twister", "handprint family tree" serta turut bergotong-royong membersihkan kawasan rumah tersebut.
Projek CSR KLC di Rumah Kanak-Kanak Berkat pada 28 November 2018 yang lalu telah berjalan dengan jayanya!
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tidak lupa juga kepada Encik Rev Kumar serta Encik Davidson kerana menyambut baik dan menghargai kedatangan kami di sana.
Aktiviti yang dijalankan bersama kanak-kanak di sama adalah sesi belajar mengeja bahasa Inggeris, permainan kerusi beracun, "tongue twister", "handprint family tree" serta turut bergotong-royong membersihkan kawasan rumah tersebut.
Lihatlah wajah-wajah kegembiraan setiap dari mereka. Sesungguhnya mereka sangat dahagakan kasih sayang dan perhatian.
Rumah Kanak-Kanak Berkat merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk membantu serta membina semula kehidupan kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah penceraian ibu bapa, mangsa dera, tidak berumah, tekanan keluarga dan sebagainya.
Seramai 19 orang kanak-kanak ditempatkan di rumah tersebut yang berumur dari 5 hingga 16 tahun.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.