Seronok dan teruja apabila mendengar seseorang dapat berbahasa Inggeris dengan baik dan lancar. Sedangkan kita, sebaliknya. Aduhai, tentu rasa sedih dan kurang yakinan diri.
Mari cuba 11 cara cepat belajar Bahasa Inggeris.
Hari ini kita semakin sedar, bahasa Inggeris sangat penting khususnya dalam dunia pekerjaan. Ada waktu dan keadaan tertentu, kita perlu berhubungan dan berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Jadi, mahu tidak mahu, kita perlu belajar.
Apa-apa juga alasan anda untuk belajar bahasa Inggeris, pastinya ada satu titik persamaan antara anda dan orang lain yang belajar; mahu cepat menguasai bahasa Inggeris. Setuju?
Tonton filem berbahasa Inggeris
Suka menonton filem luar negara atau program TV berbahasa Inggeris? Bagus! Cara cepat belajar bahasa Inggeris yang pertama adalah dengan menonton filem. Apabila menonton filem, kita mendapat dua manfaat sekali gus. Pertama, melegakan fikiran dan menambah kosa kata bahasa Inggeris.
Jadikan Kebiasaan
“Kita mampu kerana sudah terbiasa.” Ya, memang betul. Mungkin kemampuan menguasai bahasa Inggeris menjadi sesuatu hal yang tidak mudah bagi segelintir orang. Pun begitu, kalau kita sudah terbiasa dengan bahasa Inggeris, tiada lagi perkataan ‘susah’. Semua menjadi mudah, lancar seperti air sungai mengalir.
Berbahasa Inggeris setiap hari
Kesan terbaik dan padu pada cara cepat belajar bahasa baru adalah bercakap menggunakan bahasa berkenaan. Terus berlatih (bercakap) dan usaha ini perlulah konsisten. Jangan malas dan bertangguh. Banyak beralasan, akhirnya target tinggal kenangan semata-mata. Rugi.
Dengar lagu Inggeris
Biasakan telinga mendengar lagu dalam bahasa Inggeris. Ini satu daripada cara cepat belajar bahasa Inggeris sekali gus menguasainya. Kebanyakan lagu berbahasa Inggeris mempunyai kandungan lirik yang bagus dan sedap didengar. Jadi, manfaatkan cara ini untuk belajar bahasa Inggeris.
Bawa kamus bersama
Bahasa Inggeris mempunyai banyak kosa kata. Ini juga satu daripada punca yang membuat ramai yang keliru dalam menghafalkannya dan akhirnya enggan belajar bahasa Inggeris.
Latihan membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris
Membaca membantu merangsang otak sentiasa bekerja dan memperkuat daya ingatan. Pilihlah buku, suratkhabar atau majalah berbahasa Inggeris. Cara ini dapat memperkaya kosa kata bahasa Inggeris kita.
Menulis juga satu dari cara cepat belajar bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, otak kita akan merakam perkataan yang ditulis.
Bergaul dengan orang yang mahir bahasa Inggeris
Pergaulan akan mempengaruhi diri kita. Jadi, untuk cara cepat belajar berbahasa Inggeris sangat penting untuk kita bergaul dengan orang pandai berbahasa Inggeris. Ini cara berkesan untuk memotivasi diri sekali gus menajamkan kemahiran berbahasa Inggeris.
Kursus bahasa Inggeris
Mengikuti kursus bahasa bukanlah sesuatu yang janggal. Tidak perlu berasa malu atau rendah diri. Memang sejak dahulu lagi masuk kelas bahasa (kursus) menjadi satu daripada cara cepat belajar bahasa Inggeris. Apatah lagi sekarang, semakin banyak kelas kursus bahasa disediakan. Tinggal pilih sahaja sesuai bajet dan jadual.
Berfikir dalam bahasa Inggeris
Latih diri berfikir dalam bahasa Inggeris. Ini satu daripada cara terbaik untuk melatih otak terus menerjemahkan bahasa Malaysia (atau bahasa ibunda lain) ke Bahasa Inggeris.
Jangan takut buat kesilapan
Jangan takut membuat kesilapan. Rintangan terbesar yang menonjol dalam pembelajaran bahasa baru adalah rasa takut untuk membuat kesilapan.
Ketakutan ini tidak berguna, hanyalah satu halangan yang menghalang kita daripada mencapai matlamat. Jangan takut dan jangan malu membuat kesilapan.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.