Cambridge A1 Movers - KLC English Language Centre

A1 Movers (6 - 10 tahun)

A1 Movers adalah tahap kedua daripada tiga tahap Cambridge English Qualifications. Ujian ini memperkenalkan kanak-kanak kepada kemahiran bertulis dan bertutur bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Ia merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan keyakinan dan kemahiran bahasa Inggeris mereka.

Peperiksaan ini adalah berpandukan kepada kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam bahasa Inggeris melalui kaedah mendengar, bercakap, membaca dan menulis.

A1 Movers boleh membantu anak anda:

  • Memahami arahan asas dalam perbualan seharian
  • Memahami notis asas, arahan atau maklumat
  • Mampu mengisi borang asas, menulis nota, termasuklah masa, tarikh dan tempat

Sebab untuk memilih A1 Movers:

  • Tiada istilah lulus atau gagal - setiap pelajar akan mendapat sijil daripada peperiksaan Cambridge yang mereka duduki dan kami turut meraikan pencapaian mereka
  • Ujian ini menggunakan situasi harian yang realistik yang lebih dekat dengan kehidupan seharian untuk memudahkan proses pembelajaran
  • Program boleh dihabiskan seawal 5 hingga 12 bulan
  • Menduduki peperiksaan selepas menamatkan kursus
  • KLC menjalankan peperiksaan Cambridge setiap bulan

Borang Maklumat

Untuk info lanjut, sila tinggalkan maklumat anda di bawah. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge