KENAPA kebanyakan rakyat Malaysia sukar bertutur dalam bahasa Inggeris? Mentaliti orang kita yang mengatakan bahawa bahasa Inggeris itu adalah subjek yang susah, mengelirukan dan memeningkan perlulah diubah.
Kenapa Sukar Bertutur Bahasa Inggeris?
Kita dibesarkan dengan bahasa ibunda di rumah jadi akan berlakunya sedikit kesukaran untuk wujudkan persekitaran yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan. Namun ia tidaklah terlambat bagi ibu bapa yang sedar akan keadaan ini.
Ada ibu bapa yang agak sibuk dengan urusan kerja dan mungkin tiada masa yang cukup untuk mengajar anak di rumah. Atau mungkin juga ada antara ibu bapa yang tidak mahir berbahasa inggeris, jadi mereka tiada keyakinan untuk mengajar anak.
Tahukah anda, kunci utama menguasai bahasa atau apa jua bahasa adalah menerusi aktiviti mendengar, membaca, menulis serta bertutur secara berterusan atau kerap terutamanya dengan kaedah yang tepat.
Apabila kanak-kanak berumur 6 tahun, sebelum mereka pergi ke sekolah, mereka telah pun menguasai lebih kurang 70% hingga 80% tatabahasa dan sebutan bahasa ibunda mereka.
Mereka belajar hanya menerusi mendengar berulang kali dan mencuba menuturkannya. Mulanya bercakap agak pelat tapi lambat-laun bunyi sebutannya menjadi sempurna jika alam persekitarannya bertutur dengan betul.
Begitu juga jika seseorang kanak-kanak Melayu yang berumur antara 3 hingga 10 tahun yang mengikut ibu bapa mereka melanjutkan pelajaran atau bertugas di sluar negara sama ada di England, USA, Kanada atau Australia.
Kita dapati, mereka yang mempunyai kawan-kawan sebaya dengan penutur asli atau "native speakers" dari negara tersebut, tanpa disedari mereka boleh bertutur dengan kosa kata, tatabahasa dan sebutan mengikut gaya atau "accent" mereka.
Proses untuk mempelajari apa jua bahasa adalah seperti berikut: mendengar, membaca, menulis & bertutur. Kesemua empat proses ini perlu dipelajari mengikut turutan.
Dalam bahasa Inggeris, seseorang yang tidak menguasai tatabahasa bahasa inggeris yang baik akan mengalami masalah untuk bertutur. Ia berlaku kerana mereka tidak pasti dan tidak yakin dengan apa yang ingin mereka tuturkan.
Sama juga seperti mata pelajaran Matematik, tanpa menguasai sifir, teori-teori atau formula asas algebra dan geometri, seseorang itu tidak akan boleh menguasai matematik seterusnya kalkulus.
Kredit kepada Utusan Online.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.