‘Teacher, you know what? I had a nightmare last night’ - KLC English Language Centre
‘Teacher, you know what? I had a nightmare last night’

‘Teacher, you know what? I had a nightmare last night’

Jom baca cerita yang dikongsikan oleh Teacher Cyzreen ni!

 

Pada awalnya Arissa memang dah 'power' Bahasa Inggeris. Keputusan kat sekolah pun mantap, tak pernah bawah 90%. Cuma dia kurang keyakinan untuk bercakap dengan orang sekeliling menggunakan Bahasa Inggeris.

Ibu bapa Arissa pun memang perasan perkara ni. Tapi, kalau dah tahu menulis, membaca , bina ayat dalam Inggeris, kenapa tak yakin nak bercakap dalam Bahasa Inggeris?

Arissa di Level Movers. Pada mulanya memang boleh Nampak Arissa jenis tak banyak bercakap, dalam kelas cuma akan angguk-angguk, geleng-geleng.

Kadang-kadang tu cuma angkat bahu je. Sampai ada satu masa tu saya naik bosan dengan dia sebab macam cakap sorang-sorang. Tapi.. tak semua pelajar sama karekter dia. Jadi kita sebagai teacher kena tahu cara nak 'tackle' setiap student.

Mula-mula tu memang susah nak suruh dia buka mulut bila dalam kelas. Lepas 3 minggu je, saya dah nampak perubahan Arissa. Bila masuk kelas, selalunya saya yang akan tanya dia dulu. Contohnya macam ‘Have you had your lunch?’ Tapi kali ni, Arissa pula yang tanya saya! ‘Teacher, have you eaten lunch?’ Masa tu memang saya terkejut! Seronok sangat tengok perubahan Arissa dan saya harap sangat prestasi dia akan terus meningkat.

Kadang-kadang tu ada juga Arissa cerita tentang macam mana hari dia kat sekolah, apa yang dia makan dengan kawan-kawan, sampaikan mimpi tidur semalam pun dia cerita pada saya  . Semua dalam Bahasa Inggeris tau.

Saya memang tertunggu-tunggu kelas dengan dia sebab sekarang macam dah terbalik pulak. Dia yang akan mula cerita pada saya walaupun saya tak tanya. Kalau tak sebelum ni saya yang kena mula bercerita dengan dia sebab saya nak kan respon dari dia.

Bila saya cerita peningkatan Arissa kepada ibunya, ibunya pun gembira sangat sebab dah nampak Arissa lebih yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Di rumah pun dah mula bertanya dalam Inggeris, berborak dengan adiknya yang turut ikuti kelas Master Key di KLC dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Sekarang Arissa dah habis dah kelas di KLC. Keputusan peperiksaan YLE pada Februari lalu pun memberangsangkan. Sekarang ni dia akan ‘upgrade’ ke level Flyers pula. Saya sebagai guru sangat berpuas hati dengan peningkatan dan perubahan Arissa.

Arissa Nisreena binti Muhammad Syukree bersama adiknya Irdina Khadijah binti Muhammad Syukree. - Teacher Cyzreen.

 

Apr 13, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge