4 ELEMEN UTAMA KUASAI BAHASA INGGERIS - KLC English Language Centre
4 ELEMEN UTAMA KUASAI BAHASA INGGERIS

4 ELEMEN UTAMA KUASAI BAHASA INGGERIS

Untuk menguasai sesuatu bahasa terutamanya bukan bahasa ibunda perlu diajar daripada asas terlebih dahulu. Dalam penguasaan bahasa Inggeris, terdapat 4 elemen utama yang perlu dikuasai.

1) Membaca 

Perkara pertama yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak adalah kenali sebutan dan bunyi setiap huruf. Kenapa ianya penting? Ini kerana, sebagai contoh, terdapat huruf yang berlainan bunyi jika digunakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Sebagai contoh adalah huruf "C" mempunyai bunyi yang berbeza jika digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sebab itulah asas kenali bunyi serta sebutan amat penting untuk membantu kanak-kanak membaca.

Di KLC, kaedah yang kami gunakan bukanlah kaedah "menghafal" seperti mana yang sering digunakan oleh ramai orang. Tetapi, KLC mempunyai teknik khas untuk mengajar kanak-kanak.

2) Mendengar

Bagi kemahiran mendengar pula, ia melatih kanak-kanak untuk mengeja dengan baik. Jika asas sebutan mereka sudah baik, mudah bagi mereka untuk kenali bunyi dan mengeja semula perkataan tersebut. 

Bukan itu sahaja, kemahiran mendengar membantu kanak-kanak untuk melatih diri mereka supaya bertindak pantas serta memproses perkataan tersebut dengan cepat.

3) Menulis

Kemahiran menulis boleh membantu kanak-kanak untuk kuasai penulisan mahupun peperiksaan di sekolah. Mereka akan terhindar daripada berlakunya "spelling error" atau kesalahan ejaan dalam penulisan mereka.

Jika kanak-kanak dapat kuasai asas menulis dengan baik, maka mudah bagi mereka untuk "score" dalam peperiksaan. 

Selain itu, penulisan yang baik juga dapat melatih kanak-kanak untuk berfikir secara kritikal dan kritis.

4) Bertutur

Kemahiran bertutur adalah salah satu kemahiran yang menjadi keutamaan pada masa kini.

Ini kerana ia memudahkan proses komunikasi antara individu, temuduga kerja mahupun ke peringkat universiti, melancong ke luar negara dan sebagainya. 

Kajian menunjukkan, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang paling banyak digunakan di dunia! Jadi ke mana sahaja anda pergi, jika akan fasih berbahasa Inggeris, ia memudahkan pelbagai perkara.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menambah pengalaman serta belajar budaya lain dengan mudah. Walaupun anda melawat negara yang bukan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, namun kebanyakkan bahasa atau artikel berkaitan pelancongan menggunakan bahasa Inggeris.

 

 

 

Jul 31, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge