4 Jenis Personaliti Anak Menurut Pakar. - KLC English Language Centre
4 Jenis Personaliti Anak Menurut Pakar.

4 Jenis Personaliti Anak Menurut Pakar.

Nak tahu personaliti anak anda? Teruskan membaca artikel ini!

 

"Hmmm susahnya nak bukak mulut anak saya ni. Mungkin ada emas agaknya dalam mulut dia tu. Takut kena curik dengan orang."

"Ya allah, yang ni pulak memang tak berhenti bercakap. Asyik pot pet pot pet je bila jumpa kawan-kawan dia. Ramah betul!"

Haa dialog dia atas adalah salah satu bentuk situasi yang mungkin di alami oleh ibu bapa kan?

Yelahh budak-budak ni ada macam-macam perangai. Ikut mood pun ada jugak. Kejap okay, kejap lepastu moody. Macam kita pulak ye? Hehehe

Kadang-kadang kita sendiri sukar memahami personaliti anak. Bukanlah bertujuan untuk membandingkan dengan kanak-kanak lain, tetapi risau juga kalau dia mengalami sebarang masalah dari segi perkembangannya.

 

 

APA PENTINGNYA MENGENALI PERSONALITI ANAK?

Walaupun kita sering mendengar bahawa ‘setiap anak adalah berbeza’, tetapi setiap ibu mesti akan berasa sedikit curiga apabila melihat si anak tidak menunjukkan ciri-ciri yang ‘normal’.

Kadangkala ada anak yang suka menangis, suka mendiamkan diri, banyak berangan, atau ada juga yang terlampau aktif.

Menurut penulis buku keibubapaan paling laris dan popular berjudul ‘The Child Whisperer’, sepanjang penglibatannya dengan kanak-kanak selama lebih 20 tahun, beliau mendapati bahawa anak-anak akan mengekspresikan salah satu daripada 4 jenis personaliti yang bakal diterangkan di bawah.

Personaliti anak ini dapat diperhatikan melalui kelakuan, pemikiran, perasaan serta ciri-ciri fizikal mereka.

Oleh itu, dengan memahami personaliti anak, kita akan lebih terbuka dalam menerima sikapnya dan dapat mengatur strategi untuk mendidik mereka dari akar umbinya.

Mari lihat sama ada anak anda mempunyai personaliti jenis 1, 2, 3, atau 4.

 

FAHAMI & TELITI BETUL-BETUL YANG MANA SATU PERSONALITI ANAK ANDA?

1) SEORANG YANG CERIA

  • Hubungan Dengan Alam: Sosial
  • Cara Pergerakan: Riang dan rawak
  • Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa yang menyeronokkan
  • Terkenal Dengan Sifat: Suka berkawan, cergas, periang, tidak mudah mengambil hati, gembira
  • Ada Yang MenganggapnyaBanyak cakap, sukar dipercayai, tidak tegas dalam keputusan
  • Punca Mengamuk (Atau ‘Tantrum’): Mungkin anak anda tidak suka dikawal ketat, terlalu lama bersendiri, atau tidak selesa dengan keadaan yang terlampau serius.
  • Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Buat kejutan untuk anak anda, jalinkan hubungan seperti kawan, dan ‘enjoy’ masa bersama mereka.

Anak yang ceria selalunya mengekspresikan aliran tenaga yang paling tinggi, pantas pergerakannya, dan nampak sentiasa ceria.

 

2) SEORANG YANG SENSITIF

  • Hubungan Dengan Alam: Emosional
  • Cara Pergerakan: Lemah lembut
  • Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa dan keluarga yang saling menyayangi
  • Terkenal Dengan Sifat: Halus, baik hati, mengambil berat, dan berhati-hati
  • Ada Yang Menganggapnya: Pemalu, suka menangis, dan pengecut
  • Punca Mengamuk (Atau ‘Tantrum’): Mungkin anak anda merasakan pendapatnya tidak didengari, kurang perhatian, atau keadaan tidak berjalan mengikut perancangannya.
  • Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Berlemah-lembut dengan mereka, beri masa untuk relaks, dan cuba ambil masa untuk mendengar luahan perasaan anak.

Keistimewaan anak yang sensitif ini adalah tenaganya yang mengalir seperti air, bergerak secara stabil dalam kehidupan.

Mereka berkebolehan untuk memerhatikan keadaan sekeliling dengan penuh terperinci dan suka membuat perancangan.

Personaliti anak ini juga memberikan kesan yang menenangkan buat mereka yang mendampinginya.

 

3) SEORANG YANG LINCAH & AKTIF

 

  • Hubungan Dengan Alam: Fizikal
  • Cara Pergerakan: Lincah, gigih
  • Keperluan Utama: Untuk menyahut cabaran dan pengalaman baru dengan sokongan ibu bapa
  • Terkenal Dengan Sifat: Kuat, aktif, tidak mudah putus asa, energetik
  • Ada Yang Menganggapnya: Suka mengarah, bising, riuh, suka memaksa
  • Punca Mengamuk (Atau ‘Tantrum’): Mungkin anak anda terasa pergerakannya terlalu disekat, kekurangan ruang untuk menyalurkan tenaga fizikalnya, dan asyik mendengar perkataan “Tidak” atau “Jangan”.
  • Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Beri galakan terhadap aktiviti fizikal mereka, biarkan mereka bergerak lincah dan meneroka persekitaran selagi tidak memudaratkan.

Anak-anak ini mempunyai jenis tenaga yang dinamik dan biasanya mudah beradaptasi. Keistimewaan mereka adalah sifat keazaman yang utuh dan biasanya aura ini dapat mempengaruhi mereka yang rapat dengannya untuk turut mencapai kejayaan.

 

4) SEORANG YANG SERIUS

  • Hubungan Dengan Alam: Intelektual
  • Cara Pergerakan: Tepat dan tidak berselindung
  • Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa dan ahli keluarga yang saling menghormati
  • Terkenal Dengan Sifat: Efisyen, bertanggungjawab, analitikal, tersusun rapi
  • Ada Yang Menganggapnya: Suka mengkritik dan menilai seseorang, berlagak pandai
  • Punca Mengamuk (Atau ‘Tantrum’): Mungkin anak anda tidak suka diperlakukan seperti anak kecil, dimalukan dalam sesuatu hal, dan memerlukan masa untuk bersendirian dan fokus.
  • Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Hormati pendirian mereka, beri sokongan terhadap minat mereka, dan dengarkan pendapat atau idea mereka dengan teliti.

Personaliti anak yang satu ini mencerminkan jenis tenaga yang tersimpan rapi, tetapi reflektif.

Keistimewaan mereka adalah sikap teliti yang menjadikan mereka dapat melihat secara logik. Sehinggakan, mungkin ada yang merasakan bahawa anak-anak ini terlalu matang berbanding usia mereka.

Anak-anak ini juga biasanya tidak begitu sosial kerana mereka tidak nampak sebarang keperluan terhadapnya, melainkan pada masa-masa tertentu.

Namun anda tidak perlu risau kerana anak  yang jenis serius ni biasanya mempunyai hubungan yang mendalam dengan beberapa orang yang mereka percayai.

Kita harus percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi tersendiri, keistimewaan serta personaliti yang sangat unik. 

 

Apr 11, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge