Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Bersama Anak di Rumah - KLC English Language Centre
Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Bersama Anak di Rumah

Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Bersama Anak di Rumah

Apabila anda sudah tiada idea untuk berkunjung mana lagi hujung minggu, meluangkan masa bersama anak di rumah sebenarnya sangat menyeronokkan.

Apabila anda sudah ketandusan idea untuk berkunjung mana lagi hujung minggu, meluangkan masa bersama anak di rumah sebenarnya boleh menjadi seronok. Anda juga boleh berjimat cermat! Di dalam artikel ini, kami telah mengumpulkan satu senarai aktiviti yang menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga anda di rumah.

1) KRAF

Kanak-kanak sememangnya sukakan kraf. Mereka tertarik dengan kepelbagaian langkah yang  perlu diambil untuk mewujudkan sesuatu kraf kerana ini membuat mereka sibuk dan aktif. Berikut merupakan salah satu saluran YouTube kegemaran kami, Easy Kids Craft di mana anda boleh mempelajari kraf untuk dilakukan bersama anak anda! Origami juga merupakan salah satu kraf kegemaran kanak-kanak. Berasal dari Jepun, kanak-kanak boleh bermula daripada membuat bot, topi, arnab dan kemudiannya melipat kertas kepada objek yang lebih rumit.

2) MELUKIS DAN MEWARNA

Anak anda boleh melukis dan mewarna untuk mengisi masa lapang mereka. Belikan mereka kertas yang besar dan tetapkan peraturan bagi mereka untuk mengisi keseluruhan setiap kertas tersebut sebelum beralih kepada aktiviti yang lain. Biarkan mereka gunakan imaginasi mereka! Ibubapa patut melukis bersama anak-anak juga kerana ini satu aktiviti keluarga yang agak seronok. Jika ingin mencuba sesuatu yang berbeza, cuba gunakan alat seni yang berbeza untuk mewarna, bukan hanya menggunakan cat air. Anda juga boleh menggunakan kapas, batu, kerikil, sayur-sayuran ataupun kertas-kertas renyuk.

3) MASAKAN MUDAH ATAU MEMBUAT KEK

Kanak-kanak sering dilarang daripada memasuki dapur kerana mereka dikhuatiri akan mencederakan diri mereka sekiranya mereka dengan pisau atau barangan kaca. Apabila kanak-kanak boleh berfikir untuk diri sendiri, ibubapa harus memberitahu anak mereka tentang bahaya bermain di dapur,bukannya hanya melarang mereka tanpa memberi sebarang penjelasan. Bawa mereka untuk berjalan di sekitar dapur dan biarkan mereka bantu anda ketika anda memasak untuk mendapatkan pengalaman. Selagi anda mengawasi anak anda dan membimbing mereka, tidak akan berlakunya sebarang bahaya! Biarkan mereka mencuba sesuatu yang mudah seperti membuat sandwic atau penkek, biskut, popsicle mahupun piza! Ia akan menjadi masa yang menyeronokkan buat anda dan si kecil! 

4) TEKA AKSI

Permainan meneka aksi memang menyeronokkan bagi sesiapa sahaja! Orang dewasa juga suka permainan ini, malahan ianya sering dimainkan di parti dan apabila keluar bersama kawan. Anak anda akan berseronok apabila mereka melakonkan sesuatu aksi dan meneka perkataan. Permainan ini dapat membuatkan mereka menjadi lebih ekspresif serta dapat meningkatkan perbendaharaan kata mereka! Pilih perkataan atau watak daripada filem kegemaran, buku cerita atau aktiviti kehidupan seharian anda. Anda juga boleh bermain dalam pasukan di mana pasukan yang kalah perlu didenda untuk melakukan apa-apa sahaja yang diingini pasukan yang menang! Anda boleh memuat turun aplikasi pada telefon seperti “Kids Charades!” atau tuliskan perkataan ke dalam kertas yang dilipat dan meletakkannya ke dalam mangkuk yang besar.

5) MARATHON FILEM

Menonton filem bersama keluarga anda memang menyeronokkan. Cadangkan aktiviti ini kepada anak anda, mesti mereka akan rasa seronok! Jadikan marathon filem anda lebih menarik dengan menetapkan satu tema! Contohnya, semua orang boleh berpakaian seperti adiwira dan menonton filem Marvel berturut-turut. Jika anda tidak mampu menggunakan seluruh hari untuk menonton filem bersama mereka, cubalah tonton pada waktu malam!

6) PERMAINAN PAPAN

Permainan papan boleh menjadi menyeronokkan di samping mendidik! Jauhkan anak anda daripada alat peranti mereka untuk bermain permainan seperti Scrabble di mana mereka boleh mempelajari perkataan baru atau Monopoly yang mengajar mereka tentang kemahiran menggunakan wang ataupun Twister. Antara permainan kegemaran termasuk Jenga, Hoot! Owl! Hoot!, SagradaSplendorClue, 7 Wonders, Catan dan Forbidden Island. 

7) BINA SATU RUANG MAINAN

Ibubapa selalunya suka melihat si kecil mereka bermain dengan air di dalam kolam kembung. Walau bagaimanapun, idea ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang tinggal di kondominium atau pangsapuri kerana ruang yang terhad. Jika kolam kembung tidak sesuai, anda boleh menukarkanya kepada ruang mainan kering. Isikan kolam kembung tersebut dengan bola, permainan dan mungkin cuba mengelilinginya dengan trek kereta api. Jika mempunyai sumber yang lebih, anda boleh membuat satu lubang bola yang lebih besar! Anak anda pasti akan menyukai ruang mainan baru mereka. Untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, anda juga boleh berpelukan dan bermain bersama mereka dalam ruang tersebut sambil menonton filem atau kartun!

8) MELETUPKAN BELON ATAU BUIH

Aktiviti yang paling mudah untuk dilakukan bersama dengan anak anda – meletupkan belon atau buih! Tiup beberapa belon dan biarkan anak anda cuba meletupkannya menggunakan anggota badan yang berbeza. Untuk menjadikannya lebih menarik, adakan satu pertandingan untuk mengetahui siapa yang mampu memecahkan semua belon dalam masa yang paling pantas. Sebagai alternatif, anda juga boleh membeli botol buih dan tiupkan buih tersebut sambil menyuruh anak anda memecahkannya. Biarkan mereka melompat, berlari, berketawa serta menjerit!

9) MEMBACA BERSAMA ANAK

Membaca bersama anak-anak ketika waktu sebelum tidur. Ini kerana waktu siang mereka sudah dihabiskan dengan pelabagai aktiviti fizikal yang lain. Waktu malam pula, boleh lakukan aktiviti yang lebih santai. Membaca buku ataupun bercerita bersama anak-anak adalah salah satu aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan serta menajamkan minda anak anda!

 

Mac 18, 2020

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge