Pada kebiasaannya ibu bapa dapat mengesan anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain apabila mendapati anak mereka lambat bercakap dan tidak seperti kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.
Perkembangan kebolehan anak-anak adalah berbeza bagi setiap individu. Begitu juga dengan kebolehan pertuturan mereka. Rata-rata kanak-kanak akan mula boleh bercakap sejak umur 1 tahun dan keatas dan ada juga yang masih tidak boleh bertutur walaupun usia sudah menjangkau 2 tahun dan keatas kerana beberapa faktor yang boleh mendorong perkara ini berlaku.
1) Terlalu obses dengan gadget
Saya pasti kebanyakkan ibu bapa menggunaka gadget untuk mematikan anak mereka duduk diam dan tidak mengganggu urusan ibu bapa. Bukan nak kata tidak boleh gunakan terus tetapi terhadkan masa penggunaan. Contohnya dalam masa sehari tu mungkin hanya berikan masa tidak lebih dari satu jam untuk penggunaan gadget bagi anak anda.
Semua orang tahu gadjet ni tak elok untuk perkembangan anak-anak lagi-lagi bila tanpa kawalan dan pengawasan dari ibubapa. Gadget ni pun ada menyumbang kepada terbantutnya perkembangan otak, social skills dan komunikasi. Dia jadi tak fokus, tak menyahut bila dipanggil, tantrum, tiada eye contact dan yang paling penting sekali ialah SPEECH DELAY.
2) Pergaulan dan komunikasi yang terhad
Kurangnya pergaulan antara anak anda dan keluarga juga antara salah satu faktor berlakunya "speech delay". Kadang-kadang anda mesti perasan kan ada masa anak kita rajin bercakap, ajak kita berbual, bertanya pelbagai jenis soalan. Anda patut rasa bahagia dan lega kerana ini menunjukkan anak anda peka terhadap sekeliling, mempunyai kemahiran berkomunikasi dan yang paling penting kita dapat lihat rasa ingin tahu dalam diri mereka.
Janganlah rasa rimas dan hanya terus menumpukan perhatian kepada sosial media anda. Anda sebagai ibu bap juga perlu kurangkan gadget ketika bersama anak-anak. Gunakan masa bersama dengan sebaik-baiknya. Ajak anak anda lakukan aktiviti yang boleh membantu kemahiran motor halus dan motor kasar mereka di hujung minggu. Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara anda dan anak-anak.
3) Faktor sekeliling
Biarkan anak anda bersosial dengan sedara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan di sekolah. Jangan kerana terlalu mengongkong anak kita sampai mereka tidak terdedah dengan dunia luar. Bawa mereka bermain di taman permainan, berbasikal di kawasan rekreasi. Tetapi anda pun mestilah kena ada sekali untuk pastikan keselamatan mereka. Pada masa yang sama mereka pun boleh tambah kawan baru tau.
4) Tiada pengalaman baru
Tambah bahan membaca anak anda atau ajak anak anda ke perpustakaan untuk tambah pengetahuan mereka. Anda juga boleh perkenalkan mereka dengan membaca buku-buku mengenai alam sekitar, sains dan sesuatu yang berbeza. Anda juga boleh bawa anak anda ke pantai dan ajak mereka berbual mengenainya. Sebagai contoh, beritahu mereka tentang langkah keselamatan ketika berada di kawasan pantai dan pada wakti bila yang sesuai untuk anak anda bermain di pantai.
Walaubagaimanapun setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza. Kita sebagai ibu bapa haruslah pastikan anak kita berada dalam "track" yang sepatutnya. Tetapi jika anda merasakan anak anda alami sesuatu yang berbeza daripada kanak-kanak lain, bawa jumpalah jumpa pihak pakar untuk ketahui kondisi anak anda. Satu yang anda perlu ingat, sekolah pertama anak anda adalah di rumah. Jadi didik mereka sebaiknya.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.