Apa itu Literasi Asas Kanak-Kanak - KLC English Language Centre
Apa itu Literasi Asas Kanak-Kanak

Apa itu Literasi Asas Kanak-Kanak

Konsep literasi bukan sahaja mahir membaca dan menulis malah berkemahiran sosial untuk membina penguasaan bahasa kanak-kanak.

Pemahaman istilah literasi boleh juga digunakan untuk merujuk kepada pelbagai kemahiran, contohnya kemahiran literasi visual, maklumat serta saintifik.

Melalui buku Kemahiran Literasi Asas Kanak-kanak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, ia menerangkan kerangka teori serta definisi literasi asas bahasa kanak-kanak. Perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat awal telah pun bermula sebelum mereka melalui proses pendidikan yang formal. 

Interaksi sosial kanak-kanak bersama-sama keluarga dan rakan sepermainan membantu mereka untuk berkembang.

Teknik pengajaran dan pembelajaran yang tertentu diperlukan untuk melayani kepelbagaian keupayaan kanak-kanak.

Dalam konteks literasi kanak-kanak, tidak dinafikan bahawa terdapat kanak-kanak tertentu yang mempunyai perkembangan lewat atau tertangguh yang lebih signifikan, contohnya sindrom down, autisme dan sebagainya. 

Kaedah serta sistem pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak adalah sangat penting untuk memastikan mereka dapat menguasai kemahiran bahasa.

Bahasa dan pertuturan mempunyai hubungan yang rapat dengan penguasaan dan pencapaian literasi. Ibu bapa, guru dan masyarakat sebenarnya memainkan peranan penting untuk membantu dalam perkembangan literasi kanak-kanak.

Kecekapan literasi kanak-kanak perlu dipupuk sejak awal. Kanak-kanak yang diberikan peluang literasi dan didedahkan dalam persekitaran kaya komunikasi sejak kecil dapat memperlihatkan kematangan dan keterampilan berkomunikasi berbanding dengan mereka yang sebaliknya.

Kesedaran penguasaan kemahiran literasi berkait rapat dengan individu yang mempunyai jati diri untuk membina perhubungan dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. 

Di KLC, kami memfokuskan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran literasi bahasa yang merangkumi 4 elemen penting asas bahasa Inggeris.

1) Mendengar
2) Membaca
3) Menulis
4) Bertutur

Jom ke cawangan berdekatan atau hubungi talian +6-16-7133729 untuk penerangan lebih terperinci! 


 

Jun 26, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge