Efektif Ke Kelas Online Ni? - KLC English Language Centre
Efektif Ke Kelas Online Ni?

Efektif Ke Kelas Online Ni?

Rasanya ramai ibu bapa di luar sana yang membincangkan hal ini. Semua ada pendapat masing-masing. Bagi saya, jika kita lihat jangka masa panjang, banyak perkara positif lebih dari negatif nya.

EFEKTIF KE KELAS ONLINE NI?

 

Rasanya ramai ibu bapa di luar sana yang membincangkan hal ini. Semua ada pendapat masing-masing. Bagi saya, jika kita lihat jangka masa panjang, banyak perkara positif lebih dari negatif nya. Tapi semuanya terpulang kepada anda bagaimana nak corakkannya.

 

Sejak Mac 2020, berjuta kanak-kanak & pelajar di Malaysia yang perlu mengikuti kelas secara atas talian (online) disebabkan oleh wabak Covid-19. Anak-anak tak boleh lagi ke sekolah buat masa itu sehingga hari ini untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan jangkitan penyakit tersebut dalam kalangan komuniti kita. 

 

Ibu bapa berkorban wang ringgit untuk sediakan kelengkapan kelas online anak-anak. Ada yang cari laptop terpakai, printer, telefon pintar dan sebagainya untuk memastikan anak-anak dapat ikuti sesi pembelajaran.

 

Tidak lupa juga usaha guru-guru yang bertungkus lumus menyediakan sebaik mungkin bahan mengajar untuk pelajar iaitu anak-anak kita. Mereka juga tak tidur malam berusaha buat persediaan kelas untuk keesokan harinya. 

 

Semua pihak berkerjsama untuk memastikan anak-anak dapat jalani kelas mereka. 

 

SEMUA DAH BERSEDIA, JALANI KELAS SEPERTI BIASA

 

Jadi, sekarang semuanya dah bersedia untuk sesi kelas. Nak mulakan sesi kelas tu pun banyak dugaannya, ada yang line internet tak kuat, ada yang adik beradik lain guna keperluan tu & sebagainya. Kita sangatlah faham situasi tersebut. 

 

Apa yang saya boleh kata, kelas online ni memang memerlukan komitmen. Komitmen ibu bapa, guru & pelajar itu sendiri. Jika ketiga-tiga pihak ini beri yang terbaik, Insyaallah pasti ada input yang dapat diperolehi selepas selesai sesi kelas.

 

KELAS ONLINE DI KLC SEJAK MAC 2020 : EFEKTIF KE??

 

Sebenarnya, KLC dah mula gunakan sistem secara online sebelum wujudnya Covid-19. Tapi sejak mulanya pandemik ni, KLC bertungkus lumus meningkatkan lagi fungsi & penggunaan sistem KLC iaitu E-Learning untuk pelajar kami. 

 

Usaha keras tersebut menunjukkan peningkatan pelajar kami dan semakin hari kelas online KLC semakin mendapat sambutan dari ibu bapa tidak kira di mana mereka berada. Bukan sahaja di Malaysia, malah kita juga mendapat pelajar dari luar negara seperti Singapura & China. 

 

Sistem E-Learning mampu membantu pelajar menguasai kemahiran MEMBACA, MENGENDAR & MENGEJA. Sistem ini juga merekod perkembangan pelajar yang boleh diakses oleh ibu bapa. Tidak lupa juga fungsi “HOME PRACTICE” untuk pelajar kami mengulangkaji topik yang telah dipelajari di rumah mereka pada bila-bila masa. 

 

Dengan guru yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengendalikan kelas secara online, pelajar yang mengikuti kelas tersebut membuatkan pelajar lebih fokus & yakin untuk belajar. 

 

Setiap sesi, hanya 4 orang pelajar sahaja dalam satu kelas jadi guru boleh beri perhatian kepada setiap pelajar yang ada.

 

Bercakap mengenai efektif atau tidak, ia bergantung kepada komitmen ibu bapa & anak-anak.

Dalam proses pembelajaran, peranan tiga pihak ini adalah amat penting. Sokongan, komitmen, fokus, disiplin. Silibus program hanyalah input yang perlu mereka terima & praktikkan. Itu adalah ilmu. 

 

Sama lah macam kat sekolah, cikgu ajar semua pelajar topik & subjek yang sama, tetapi kenapa bila exam ada pelajar dapat A, ada yang dapat B ada juga yang gagal. Adakah silap subjek & topik yang diajar cikgu??? Atau kesilapan kita yang tidak fokus dan tidak beri komitmen? 

 

Jadi, tepuk dada tanya diri anda. 

 

Bagi anda yang mencari kelas BI untuk anak, saya sangat syorkan untuk sertai program di KLC. Selain program yang bagus, guru berkemahiran serta sistem yang terkini, insyaallah ia boleh bantu anak anda mahir BI dalam masa yang singkat.

 

Jom whatsapp kami sekarang!

 

 

Jun 16, 2021

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge