Tahukah anda, disebalik kemajuan kecanggihan teknologi ini, tersembunyi impak yang membimbangkan?
TAGIH GADGET ; BOLEH MENGECUTKAN OTAK KANAK-KANAK
Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah yang dibiarkan bermain gadget dalam jangka masa yang terlalu lama tanpa kawalan boleh menjejaskan perkembangan bahasa, skill membaca dan ingatan memori jangka pendek mereka.
Apabila umur mereka meningkat, ia turut akan menjejaskan tabiat tidur dan tumpuan mereka terhadap sesuatu benda.
Tahukah anda, disebalik kemajuan kecanggihan teknologi ini, tersembunyi impak yang membimbangkan?
Fokus Terganggu
Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council pada tahun 2015, menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit.
Sangat menyedihkan kerana pada hari ini, kadar masa fokus telah pun jatuh pada hanya 4 saat.
Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
Rajah di bawah menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan.
Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa.
Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
Bukan ibu sahaja, seorang daripada tiga kanak-kanak yang masih belum bertutur telah diberi telefon pintar dan tablet
Fenomena ini dilabelkan sebagai ketagihan internet.
Di Malaysia, antara penemuan kajian mendapati penggunaan gajet berterusan boleh mengecutkan otak anak, terutamanya yang berumur di bawah tiga tahun.
Sebelum anda salah faham, permasalahan ini bukanlah pada apa yang anak-anak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka TIDAK LAKUKAN sewaktu dalam proses tersebut.
Peranan Ibu bapa
Dalam hal ini katanya, ibu bapa memainkan peranan amat penting terutama dari segi pemantauan dan had masa.
Kajian ada melaporkan, kebiasaannya, ibubapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka. Itupun jika ibubapa tersebut prihatin dan rajin bersembang.
Apabila TV di pasang, bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam. Semakin kurang perkataan yang di sebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru.
Semakin kurang jugalah kosakata yang boleh disimpan dalam lexical database otak kita. Antara sebab ramai anak yang lambat bercakap juga adalah di sebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibubapa dan anak-anak.
Menurut Pengerusi Persidangan Persatuan Ketagihan Internet Antarabangsa (ISIA) 2016 dan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Norharlina Bahar, penggunaan Internet secara berlebihan boleh membawa kepada kegagalan menjalankan rutin seharian.
Ketagihan media sosial akan menyebabkan mereka tidak boleh melakukan apa yang sepatutnya, contohnya tidak mahu pergi ke kelas, tidak melaksanakan tanggungjawab di rumah dan tempat pembelajaran, serta tidak turut serta dalam aktiviti sosial.
Ia juga boleh menyebabkan keresahan, kemurungan, produktiviti bekurangan dan pemencilan sosial.
Paling penting, kawalan had masa. Ibu bapa perlu mematau rapi penggunaan gajet anak-anak agar mereka tidak terlalu ghairah. Sekurang-kurangnya hanya 10 minit sahaja.
Bagaimana nak tarik anak supaya tidak bermain gadget?
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.