Kalau 10 tahun lalu, jika anda tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris masih lagi tidak dikategori sebagai ketinggalan zaman. Tapi jika hari ini anda masih di takuk lama, apa yang akan berlaku?
Saya pasti anda pasti sudah biasa dengar tentang kepentingan penguasaan asas bahasa Inggeris. Anda sedar tak, kalau dahulu anda tidak mahir bahasa Inggeris tetapi masih diterima bekerja oleh pelbagai syarikat. Namun senario seperti itu tidak lagi berlaku seperti itu. Kemahiran bahasa Inggeris menjadi keutamaan banyak syarikat. Bukan sahaja syarikat besar bertaraf antarabangsa, malah syarikat-syarikat tempatan.
Anda beruntung mempunyai pekerjaan pada hari ini tetapi adakah anda memikirkan tentang masa depan anak anda? Persaingan adalah sangat sengit. Dalam pembelajaran, kita dapat lihat ramai pelajar yang pandai dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Terutamanya di universiti.
Tetapi adakah syarikat hanya ingin melihat keputusan peperiksaan anda atau memerlukan kemahiran lain untuk bekerja di syarikat mereka?
Jawapannya adalah sudah tentu setiap syarikat memerlukan pekerja yang berkemahiran dan tidak hanya cemerlang dari segi teori. Ada juga yang berkata, "takpelah nanti dah di universiti pandai-pandai lah mereka belajar bahasa Inggeris'.
Tahukah anda silibus di universiti hampir kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Bagaimana jika anak anda tidak faham apa yang diajar oleh pensyarah dan terus menggunakan google translate untuk memahami sesuatu fakta? Kesian bukan?
Jadi, saya sarankan anda bertindak sekarang. Jangan pernah rasa "alaa anak saya baru umur 6 tahun. masih awal lagi". Ubah "mind set" anda. Ini kerana kajian menunjukkan 6 tahun pertama kanak-kanak adalah waktu yang paling penting untuk beri mereka peluang terokai pelbagai perkara baru contohnya bahasa kedua.
Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maslee Malik pernah berkata, tahap bahasa Inggeris pelajar tingkatan 3 adalah sangat lemah. Ini kerana kebanyakkan mereka hanya mampu berada pada tahap bahasa Inggeris yang sesuai untuk kanak-kanak di sekolah rendah.
Ia sangat membimbangkan masa depan mereka. Asas bahasa Inggeris perlu dikuasai seawal yang mungkin. Secara tidak langsung, anak anda dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Ini kerana mereka mampu membaca pelbagai fakta and informasi dalam bahasa Inggeris.
Sebagai contoh, salah seorang dari pelajar kami sudah mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkenal di luar negara kerana dia berasa yakin apabila mampu berkomunikasi, serta mempunyai kemahiran bertutur bahasa Inggeris yang baik. Ia secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pelajar ini. Ibu bapa juga berasa gembira dan bangga melihat anak mempunyai cita-cita yang tinggi.
Semuanya terletak di tangan anda bagaimana anda rancang pembelajaran anak anda. Kerana sememangnya anda yang perlu memulakan langkah pertama.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.