Pendidikan Bahasa Inggeris Ketika Masa Emas Kanak-Kanak - KLC English Language Centre
Pendidikan Bahasa Inggeris Ketika Masa Emas Kanak-Kanak

Pendidikan Bahasa Inggeris Ketika Masa Emas Kanak-Kanak

Usia enam tahun pertama adalah MASA EMAS atau waktu paling ideal untuk mengajar anak tentang perkara baru terutamanya kemahiran bahasa kedua mereka.

Penting ke pendidikan Bahasa inggeris pada masa emas kanak-kanak?

 

Usia enam tahun pertama adalah MASA EMAS atau waktu paling ideal untuk mengajar anak tentang perkara baru terutamanya kemahiran bahasa kedua mereka.

 

Menurut pakar Bahasa, Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar Bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasai Bahasa itu. Ini kerana kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya pada usia tersebut berbanding orang dewasa.

Bagi pakar neurologi pula, Dr.Eric H. Lennenberg, sebelum anak capai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur dan memahami apa yang diajar.  

Harini kami nak kongsi dengan anda beberapa tip untuk bantu anak anda belajar Bahasa inggeris sejak kecil.

 

1. Mulakan sejak dalam kandungan

Kalau boleh masa anak masih dalam kandungan, berbual dengannya dalam Bahasa inggeris. Nyanyi lagu kanak-kanak dalam Bahasa inggeris pun boleh juga.

 

2. Bila anak dah lahir

Banyakkan berkomunikasi dengan mereka dalam Bahasa inggeris. Sepertimana orang selalu kata, pendidikan bermula dari rumah. Begitu jugalah dalam kemahiran berbahasa inggeris.

 

3. Teknik pembelajaran yang tepat

Anda pasti tahu bahawa kanak-kanak ni mudah bosan dan cepat hilang minat terhadap sesuatu perkara. Jadi penggunaan kaedah atau cara yang efisyen penting untuk memastikan mereka tidak hilang tumpuan.

 

4. Jangan jadikan lemah dalam Bahasa inggeris sebagai alasan

Sebagai ibu bapa, anda dipertanggungjawabkan untuk melatih anak anda di rumah. Anda juga harus tahu tentang kemahiran berbahasa inggeris untuk menunjukkan contoh kepada anak anda.

 

5. Bila anak mahir dalam Bahasa, IQ mereka akan meningkat

IQ anak secara tidak langsung akan meningkat kerana mereka mengetahui pelbagai perkataan dan dapat menggunakannya dengan baik.  Selain itu juga, anak anda akan lebih mahir untuk berfikir dengan kritis dan kreatif.

 

6. Pupuk sikap bercakap dan berinteraksi dalam Bahasa inggeris

Biasakan untuk bercakap dengan mereka menggunakan Bahasa inggeris. Jangan pula ajar anak anda menggunakan “Bahasa rojak” kerana ia adalah tabiat yang boleh menjejaskan kemahiran mereka.

 

7. Jangan guna Bahasa bayi

Apa maksud Bahasa bayi ni? Contohnya sebutan atau bunyi perkataan yang tidak tepat atau singkatan. Contohnya “makan” disebut dengan “mamam”. Elakkan penggunaan Bahasa bayi apabila bercakap dengan anak anda. Gunakan perkataan yang betul supaya mereka tidak terbiasa.

 

8. Hantar anak mengikuti program Bahasa inggeris

Program Bahasa inggeris penting untuk memastikan anak anda dapat belajar kemahiran dalam Bahasa inggeris dengan konsisten. Ini kerana mungkin ada sesetengah ibu bapa tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam melatih anak untuk berbahasa inggeris di atas kekangan kerja. Jadi menghantar mereka mengikuti program Bahasa inggeris adalah langkah yang terbaik.

 

 

 

Dis 11, 2018

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge