Bayangkanlah anda telah diperkenalkan dengan subjek Bahasa inggeris selama 11 tahun iaitu sejak berumur 6 tahun sehinggalah habis persekolahan pada umur 17 tahun. Namun senarionya pada hari ini, anda masih tidak dapat menguasainya dengan baik.
BAYANGKANLAH anda telah diperkenalkan dengan subjek Bahasa inggeris selama 11 tahun iaitu sejak berumur 6 tahun sehinggalah habis persekolahan pada umur 17 tahun. Namun senarionya pada hari ini, anda masih tidak dapat menguasainya dengan baik. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Isu penguasaan bahasa Inggeris telah banyak diperkatakan sejak dahulu lagi namun kini masih ramai lagi graduan atau individu tidak dapat bertutur dalam Bahasa inggeris dengan baik.
Saya pasti setiap individu sedar dan tahu bahawa dengan penguasaan lebih daripada satu Bahasa, ia dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor korporat.
PADA ERA DIGITAL KINI, orang ramai disarankan mempelajari bahasa asing sebagai nilai tambah memandangkan penguasaan bahasa adalah sangat penting di seluruh dunia. Bukan sahaja dari segi komunikasi, semua sistem yang digunakan kini menggunakan bahasa inggeris.
Menguasai bahasa asing juga membantu kita mengenali budaya dan adat di sesebuah negara tanpa batasan. Perkongsian sesuatu perkar jadi lebih mudah jika tidak ada masalah untuk berkomunikasi.
Kita tidak menafikan bahawa pencapaian akademik sememangnya aspek penting, tetapi menguasai bahasa asing adalah satu kelebihan.
Sebagai contoh, jika keputusan akademik kurang cemerlang, tetapi anda ada kelebihan menguasai bahasa asing, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan.
SIGNIFIKAN menguasai lebih daripada satu Bahasa menjadi bonus buat setiap individu.
Untuk mempersiapkan diri dengan peluang pekerjaan pada hari ini mahupun akan datang, anda seharusnya bertindak sekarang.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.