Rugi Atau Tidak Jika Anda Tidak Manfaatkan Masa Emas atau "Golden Period" Anak Anda? - KLC English Language Centre
Rugi Atau Tidak Jika Anda Tidak Manfaatkan Masa Emas atau "Golden Period" Anak Anda?

Rugi Atau Tidak Jika Anda Tidak Manfaatkan Masa Emas atau "Golden Period" Anak Anda?

Tempoh awal kanak-kanak yang sangat penting adalah bermula dari 0 sehingga 6 tahun.

 

TAHUKAH ANDA UMUR KANAK-KANAK 0-6 TAHUN MERUPAKAN USIA TERBAIK ATAU "GOLDEN PERIOD" DALAM PERKEMBANGAN MEREKA?

TAHU? ATAU TAK TAHU?

Tempoh awal kanak-kanak yang sangat penting adalah bermula dari 0 sehingga 6 tahun. Ada juga kajian yang mengatakan sehingga 8 tahun.

Terdapat 3 peringkat proses perkembangan iaitu:

 

1. Zaman awal kanak-kanak (0-8 tahun)
2. Zaman pertengahan kanak-kanak ( 8-12 tahun)
3. Zaman remaja (12-18 tahun)

 

 

AWAL KANAK-KANAK (0-8TAHUN)

Awal kanak-kanak ialah tempoh perkembangan yang sangat hebat. Dalam tempoh inilah perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial mereka berkembang dengan sangat pesat.

Si kecil yang tidak pandai berdikari membesar hingga menjadi seorang yang mampu menjaga dirinya sendiri dan berinteraksi secara efektif dengan orang lain.

Atas sebab-sebab inilah tugas utama dalam perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah mengembangkan perkembangan skil kanak-kanak.

 

     a) PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 0-3 TAHUN.

 

Kanak-kanak yang berumur 0-3 tahun biasanya akan mengalami pertumbuhan sekali ganda pada tinggi dan empat kali ganda pada berat.

Bahagian badan juga akan mengalami perubahan. Kebiasaannya kepala bayi mempunyai besar 1/4 daripada keseluruhan panjang bayi tersebut. Apabila semakin membesar ke arah toddler (bayi berumur 1-2 tahun), anggota badan akan mula seimbang, seperti orang dewasa.

Selain daripada perubahan fizikal yang cepat, kanak-kanak tipikal yang berumur 3 tahun akan mula menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti duduk, berjalan, penggunaan tandas, menggunakan sudu, menconteng dan lain-lain.

 

     b) PERKEMBANGAN FIZIKAL PADA UMUR 3-5 TAHUN

 

Dalam tempoh umur 3-5 tahun pula, kanak-kanak tetap terus membesar dengan cepat dan mula mengembangkan skil-skil motor halus. Jika perkembangan motor halus berkembang dengan baik, kebanyakkan kanak-kanak yang berusia 5 tahun akan dapat mengawal pergerakkan tangan untuk menggunakan alat tulis seperti pensel, krayon dan gunting.

Bagi perkembangan motor kasar pula, antara mile stone (kayu ukur) yang menunjukkan motor kasar kanak-kanak tersebut berkembang dengan baik ialah apabila mereka boleh melompat dan seimbangkan diri dengan satu kaki.

Perkembangan fizikal kanak-kanak akan mula perlahan dalam tempoh umur ini. Dalam masa yang sama, anggota badan dan kemahiran motor halus dan kasar berkembang dengan lebih baik.

 

     c) PERKEMBANGAN KOGNITIF

Perubahan fizikal kanak-kanak seiring dengan perkembangan kognitif dan bahasa mereka. Proses perkembangan ini juga sangat pantas.

Pada saat mereka dilahirkan, kanak-kanak menggunakan keseluruh deria yang dia ada untuk merasai kebersamaan dengan persekitarannya dan mula mengembangkan deria tindak balas terhadap setiap tindakan mereka. Seperti, jika mereka menangis bagaimanakah respon orang disekelilingnya akan bertindak.

Pada 3 tahun yang pertama, lebih kurang 300-1000 patah perkataan yang kanak-kanak pelajari. Mereka mampu menggunakan bahasa(percakapan) untuk belajar dan menggambarkan keadaan dunia disekeliling mereka! . Contohnya, saya ada 2 tangan, mama juga ada 2 tangan.

Ketika berumur 5 tahun pula, perkataan-perkataan yang kanak-kanak belajar akan meningkat sehingga 1,500 ("vocab" baru).

Kanak-kanak 5 tahun juga dapat menghasilkan ayat dengan menggunakan 5-7 patah perkataan, belajar untuk bercerita tentang perkara yang lepas.

 

     d) PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI.

 

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

Apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya.

Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangka masa panjang.

Dalam tempoh 3-5 tahun, perkembangan skil sosio-emosi termasuklah hubungan dengan rakan sebaya, perbezaan antara jantina dan sensitiviti terhadap perkara yang betul atau salah.

Bagi lingkungan 5-8 tahun pula, kanak-kanak mula memasuki ke alam yang rakan sebaya yang lebih luas dan mula membina persahabatan yang kuat. Perbandingan sosial pada saat ini sangat tinggi dan mengambil perspektif atau pandangan orang lain mula berperanan untuk kanak-kanak berhubung dengan orang lain dan juga rakan sebayanya.

 

     e) BAHASA SEBAGAI ALAT MENINGKATKAN PERKEMBANGAN KOGNITIF & KOMUNIKASI

 

Bahasa digunakan untuk kanak-kanak berkomunikasi dengan orang lain dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Bukan itu sahaja, waktu ini juga sangat baik untuk memperkenalkan anak anda dengan bahasa kedua. Terutamanya BAHASA INGGERIS.

Kenapa pentingnya pendedahan tentang bahasa kedua seawal usia kanak-kanak?

 

 

Ini kerana pada waktu tersebut mereka sangat mudah untuk mengikut, atau meniru bunyi serta perbuatan anda.

Pada usia ini, kanak-kanak sangat peka kepada bunyi. Contohnya anak anda menonton video kartun Bahasa Inggeris, saya pasti anak anda akan ikut sebiji atau ikut loghat (slang) yang digunakan dalam video tersebut.

Pernah tak anda lihat kanak-kanak kecil yang sangat rancak bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun mungkin mereka belum lagi pandai menulis?

Mesti pernah kan? Jadi pada masa inilah anda perlu ambil peluang untuk beri pendedahan kepada mereka.

Bukan kata nanti bila mereka meningkat dewasa mereka tidak boleh belajar, tetapi anda pun mesti tahu pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

 

Jadi kenapa anda tidak bertindak sekarang? 

 

Jika anda ingin mengubah hidup anak anda, mula lah sekarang.

Secara kesimpulannya, tempoh waktu sejak lahir hinggalah kanak-kanak menginjak ke umur 6 tahun merupakan tempoh yang sangat kritikal dalam proses perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek.

Justeru, proses membesarkan dan mendidik kanak-kanak ini memerlukan kerjasama antara ibu bapa, ahli keluarga terdekat, guru-guru/pengasuh dan juga masyarakat.

Mudah-mudahan anak-anak generasi sekarang ini akan menjadi kebanggaan kita suatu hari nanti.

 

KLIK IKON DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KEPENTINGAN ASAS BAHASA INGGERIS KANAK-KANAK 



 

Mac 20, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge