5 Tip Untuk Tarik Fokus Anak Anda - KLC English Language Centre
5 Tip Untuk Tarik Fokus Anak Anda

5 Tip Untuk Tarik Fokus Anak Anda

Kanak-kanak secara semuala jadinya memang akan mudah hilang fokus apabila mereka terasa bosan, sukar atau aktiviti yang dibuat tidak lagi menarik perhatian mereka.

Pernahkah anda menghadapi keadaan ini??

Anda sedang menunjukkan kepada anak anda yang berusia 5 tahun cara menulis huruf “A” yang sudah pun diulang berjuta kali. Anda berkata, “Mulakan dari atas, pergi ke bawah, dan buat satu garisan melintang.”

Tetapi malangnya, semasa anda bercakap, dia melihat hampir kesemua disekelilingnya kecuali apa yang sedang dilakukannya. Dia gelisah dan bermain dengan penselnya.

Anda sentiasa berusaha menarik perhatiannya semula kepada perkara yang sedang dilakukan dan tidak putus-putus berkata “Adik tumpukan perhatian!” tetapi anda mula kehilangan sabar.

Pakar perkembangan kanak-kanak berkata, secara purata, seorang kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun perlu mampu untuk kekal fokus kepada satu atau dua tugasan selama 2 hingga 5 minit didarab dengan usia mereka. 

Oleh itu, kanak-kanak sepatutnya mampu untuk fokus di antara 4 hingga 20 minit, dan boleh jadi lebih, bergantung kepada tugasan.

Disini kami kongsikan tips untuk meningkatkan tumpuan kanak-kanak.

 

1) Berikan Perhatian Untuk Mendapatkan Perhatian

Berapa banyak perhatian yang diberikan oleh seorang kanak-kanak terhadap suatu tugasan bergantung sama ada dia tertarik untuk melakukannya atau tidak. Ramai kanak-kanak memberi tindak balas yang negatif apabila diminta untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai atau tidak menarik minat mereka.

Dengan sedikit kreativiti, anda boleh menjadikan sesuatu aktiviti itu lebih menarik. Contohnya, anda boleh menyuruh anak anda menulis dengan kapur, membentuk huruf menggunakan tanah liat atau gunakan buku lukisan.

Semasa berjalan, ibu bapa boleh berhenti dan menunjukkan anak-anak tentang warna bunga atau bercerita tentang bentuk dan rasa batu yang mereka kutip.Untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak, ibu bapa juga perlu memberi perhatian.

 

2) Jarak Fizikal dan Arahan yang Pendek

Jarak fizikal semasa memberi arahan perlulah ringkas dan jelas supaya anak anda dapat fokus kepada arahan dan melaksanakannya dengan baik.

Cuba anda berdiri di depan anak anda, pandang matanya, berada pada jarak matanya atau sentuh bahu mereka, dan kata ‘Ibu perlukan kamu untuk melakukan ini sekarang.’

 

3) Kenalpasti Keadaan Anak Anda (Letih, mengantuk, lapar, tidak sihat)

Ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak anda. Cuba perhati apa yang sebenarnya sedang mengganggu mereka daripada fokus? Untuk melawan kelaparan dan keletihan, berikan anak anda makanan ringan sebelum dia melakukan kerja rumahnya atau tugasan lain yang berstruktur. Pastikan makanan ringan tersebut adalah sihat, dan bukan yang dipenuhi gula dan lemak.

Tidur yang baik pada waktu malam juga penting, oleh itu pastikan anak anda mendapat rehat yang cukup. 

Ramai kanak-kanak memerlukan sedikit rehat bila mereka pulang dari sekolah.

 

4) Tentukan Rutin yang tegas dan Berasingan (jika ada adik-beradik lain)

Contohnya peraturan untuk tidak menonton televisyen atau bermain dengan komputer sehingga mereka semua menyiapkan kerja sekolah mereka.

Selain itu, boleh juga cuba asingkan mereka di ruang yang berbeza. Contohnya, abang buat kerja sekolah di ruang tamu dan adik pula di bilik. Lebih mudah untuk anda pantau dan pastikan mereka fokus menyiapkannya.

 

5) Memuji Anak Dengan Cara Yang Betul

 

Jika anak anda melakukan kesilapan, cuba untuk tidak menyalahkannya. Tetapi ambil langkah untuk memperbetulkan. Contohnya jika anak anda tidak pandai memegang pensil dengan betul, ambil tangannya dan tunjuk cara yang betul. Ajar anak anda perlahan-lahan. Dengan sabar. Kerana kanak-kanak ni sangat mudah untuk mengikut apa yang kita ajar jika kena cara dan perhatiannya. Jika anak anda berjaya lakukan aktiviti itu dengan baik, berikan pujian kepada mereka. 

 

6) Galakkan Anak Bersukan dan Bersenam

Kajian melaporkan bahawa ibu bapa yang menjadikan senaman sebagai keutamaan dalam keluarga akan mempunyai anak-anak yang lebih aktif secara fizikal.

Ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka mencari sukan yang disukai, menyediakan permainan luar seperti bola dan tali untuk melompat, dan mengasingkan masa pada hari-hari tertentu seperti pergi berjalan atau berbasikal bersama.

 

7) Hadkan Masa Menonton Televisyen

Kaedah lain untuk menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif adalah dengan menghadkan masa menonton TV, yang mana boleh meningkatkan penumpuan kanak-kanak.?

Ransangan terlampau dan pendedahan kepada televisyen, komputer, dan permainan video boleh memberi kesan buruk kepada tahap penumpuan.” American Academy of Pediatrics mencadangkan masa yang digunakan tidak lebih dari satu atau dua jam sehari daripada jumlah tontonan tinggi kualiti, termasuk TV, video, komputer, telefon, dan permainan video. (dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak sepatutnya didedahkan kepada mana-mana masa tontonan dan media hiburan yang lain."

Daripada memasang TV atau memberikan telefon pintar kepada anak-anak anda, pastikan mereka fokus kepada aktiviti lain yang boleh meningkatkan jangKka masa tumpuan. Kanak-kanak boleh digalakkan untuk membaca, teka-teki atau ‘puzzle’, membantu menyediakan makan malam, membina kubu pertahanan daripada blok dan kerusi, dan membantu membuat kerja rumah.

 

8) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Ibu bapa perlu berhati-hati bila mengandaikan anak mereka mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), satu sindrom yang biasanya didiagnos pada awal kehamilan yang dicirikan oleh gerak hati, aktiviti terlampau, kecuaian, atau kombinasi kesemuanya. ADHD bukan selalunya menjadi punca utama; ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.

Jika seorang kanak-kanak didiagnos dengan ADHD, ibu bapa perlu bekerja dengan pakar kesihatan mental untuk membina satu rancangan yang boleh membantu meningkatkan jangka masa tumpuan kanak-kanak.

Isu kesihatan mental, seperti kemurungan, marah, dan kebimbangan, boleh menjadikan kanak-kanak sukar untuk fokus, dan kanak-kanak lebih muda memerlukan bantuan untuk belajar cara-cara menangani perasaan-perasaan ini. Ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak mereka tentang bagaimana perasaan mereka dan membantu mereka menukarkan perasaan mereka kepada perkataan.

Mac 28, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge