Mansuh PT3: Ibu Bapa Bimbang, Pelajar Lega - KLC English Language Centre
Mansuh PT3: Ibu Bapa Bimbang, Pelajar Lega

Mansuh PT3: Ibu Bapa Bimbang, Pelajar Lega

engumuman pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mendapat reaksi pelbagai daripada ibu bapa dan juga pelajar.

Artikel penuh dari Free Malaysia Today

Tahir, dari Ipoh berkata, meskipun sudah menjangkakan pemansuhan PT3 akan berlaku namun masih ada kebimbangan adakah anak bersedia atau tidak untuk belajar dalam sistem yang baru.” katanya kepada FMT.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia masih merasakan peperiksaan awam PT3 ini relevan untuk diguna pakai, kerana ia bagi menentukan hala tuju pembelajaran sebelum pelajar memasuki tingkatan empat dan lima.

Kebimbangan turut diluahkan Saffri Kamaruddin, 46, yang turut gusar apabila PT3 dimansuhkan kerana risau jika anak hilang fokus dan matlamat dalam akademik apabila sudah tiada peperiksaan awam.

“Terkejut apabila kerajaan umum mansuh PT3, saya sebagai bapa ini risau apabila tiada peperiksaan awam takut anak jadi ambil mudah, tiada matlamat dah hilang fokus dalam akademik sebab tak perlu nak risau buat persediaan untuk peperiksaan.

“Sekarang terletak pada tanggungjawab guru, penilaian pun nanti ikut guru jadi ibu bapa ini pun kena fahamkan pula sistem baharu sebab nak tahu pencapaian anak di sekolah macam mana, markah dikira macam dan sebagainyalah,” katanya.

Pelajar tingkatan tiga dari Perak, Yasmeen Shaarani pula berkata, dia menyambut baik usaha kerajaan memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilihat menumpukan kepada pembelajaran secara praktikal.

“Setuju pun ya jugak, sebab kami yang ambil PT3 daripada tingkatan satu belajar silibus tak habis, dan sekolah pun ada penggiliran jadi banyak ketinggalan saya rasa okay kalau tiada,” katanya.

Khamis lalu Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin mengumumkan ujian PT3 yang diperkenal pada 2014 dimansuhkan mulai tahun ini dan dengan pemansuhan itu, KPM akan memperkukuh PBS yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Jul 14, 2022

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge