Bertutur Dalam Bahasa Inggeris Tidak Menjejaskan Nilai Bangsa Mahupun Kewarganegaraan - KLC English Language Centre
Bertutur Dalam Bahasa Inggeris Tidak Menjejaskan Nilai Bangsa Mahupun Kewarganegaraan

Bertutur Dalam Bahasa Inggeris Tidak Menjejaskan Nilai Bangsa Mahupun Kewarganegaraan

Jika anda dapat bertutur dan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ternyata dunia akan lebih kagum dan bangga dengan anda.

 

Dr. M : Bertutur Dalam Bahasa Inggeris Tidak Menjejaskan Nilai Bangsa & Kewarganegaraan

 

Beliau dalam ucapannya ketika Majlis Makan Malam Persatuan Sultan Abdul Hamid Old Collegians Association (Sahoca) pada 22 Disember lalu berkata, Bahasa Inggeris adalah bahasa sejagat yang digunapakai untuk proses penyebaran ilmu.

 

"Jika anda menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan, ia tidak langsung menjejaskan nilai atau identiti sebagai warganegara dalam diri anda. Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih luas, anda perlu mempelajari kemahiran Bahasa Inggeris.

"Anda perlu mahir dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa ini sangat penting dan berguna walau di mana sahaja anda berada.

"Contohnya dalam subjek Sains dan Matematik di sekolah, semuanya dalam Bahasa Inggeris.

"Jika anda dapat bertutur dan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ternyata dunia akan lebih kagum dan bangga dengan anda." ujar Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia

 

Kenyataan Perdana Menteri kesayangan kita semua sememangnya sangat benar. Bayangkan lah, anda nak pergi bercuti ke luar negara, tapi tidak dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pasti anda akan alami masa sukar untuk berinteraksi dengan mereka kan?

 

Bertutur dalam Bahasa Inggeris tidak langsung menjejaskan kita sebagai warganegara Malaysia, malah menjadi satu kelebihan yang mampu membawa kita ke satu tahap yang lebih baik.

 

Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Lebih kerap anda praktis untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, anda akan jadi lebih mahir.

 

Peluang pekerjaan dan perniagaan juga lebih luas jika anda dapat kuasai Bahasa Inggeris, sekali gus mampu membuka peluang ekonomi tanpa batas.

 

Ya, mungkin ada yang dah muak sangat dengar kenyataan ini kan? Tapi inilah hakikat sebenar dunia sekarang. Terlalu banyak orang pandai, terlalu banyak persaingan.

 

Tapi apalah maknanya anda cemerlang dalam akademik, tetapi tidak ada kemahiran berbahasa Inggeris. Pasti rasa rugi betul tak?

 

Pelbagai kajian telah dijalankan dan hasil menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris antara aspek terpenting dalam pemilihan pekerja.

 

Oleh itu, ibu bapa di luar sana. Anda tahu bagaimana sukarnya untuk hadapi dunia sekarang kan? Jadi anda nak ke anak anda jadi salah seorang dari penganggur dan mundur pada masa akan datang?

 

Sudah pasti TIDAK.

 

Jika anda mementingkan dan ambil berat tentang masa depan anak anda, hantarlah anak anda ke mana-mana cawangan KLC terdekat sebagai persediaan awal untuk mereka hadapi dunia sebenar.


 

Dis 27, 2018

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge