Kenal Pasti Anak Anda Jenis Auditori, Visual atau Kinestatik? - KLC English Language Centre
Kenal Pasti Anak Anda Jenis Auditori, Visual atau Kinestatik?

Kenal Pasti Anak Anda Jenis Auditori, Visual atau Kinestatik?

Untuk memudahkan proses mendidik anak di rumah, anda perlu kenal pasti sama ada anak anda bersifat Auditori, Visual atau Kinestastik.

Jika anda dapat perhatikan dan lihat sendiri kecenderungan sifat anak anda, ia akan memudahkan proses untuk mendidik mereka ketika di rumah.

Malah anak anda juga akan lebih cepat tangkap apa yang diajar mengikut sifat atau kecenderungan mereka. 

Anak Bersifat Auditori

Kanak-kanak yang bersifat auditory ni lebih sukakan aktiviti yang berunsurkan muzik, perbualan dan bunyi. Lebih mudah untuk mereka menyerap apa yang di ajar dan diperdengarkan kepada mereka.

Kanak-kanak ini lebih berasa tenang dengan kaedah pembelajaran seperti di atas. Mereka lebih tertarik dan fokus kepada rakaman suara daripada pembelajaran berbentuk visual.

Anak Bersifat Kinestatik

Kanak-kanak yang bersifat kinestatik ni lebih tertarik dengan aktiviti yang memerlukan atau menggunakan pergerakan. Mereka lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara dengan contoh fizikal atau pergerakan yang jelas.

Anak Bersifat Visual 

Ciri-ciri anak yang bersifat visual adalah:

1) Suka buku berwarna-warni dan bergambar

2) Lebih suka di ajar melalui lakaran atau lukisan

3) Mudah memahami rajah, peta dan carta

4) Suka berimaginasi 

Sebagai ibu bapa, anda seeloknya cuba untuk fahami sifat anak anda supaya lebih mudah untuk anda mendidik mereka di rumah.

Jangan beri tekanan kepada untuk lakukan perkara yang agak sukar untuk mereka. Cuba cari kaedah paling mudah dan berkesan untuk melatih mereka. 

Perhati dan kenali sifat sebenar anak anda! 

 

 

 

Jul 15, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge