Kertas Bahasa Inggeris Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dijajarkan dengan Common European Framework of Reference For Language (CEFR) akan diperkenal tahun ini.
Kertas Bahasa Inggeris Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dijajarkan dengan Common European Framework of Reference For Language (CEFR) akan diperkenal tahun ini.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian sedang membangunkan kapasiti kepakaran bagi menjana pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, yang dijajarkan menerusi CEFR.
Katanya, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dijajarkan CEFR itu akan diikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021, dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2022.
“CEFR yang dimulakan secara berperingkat melalui kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran itu bermula pada 2016 dan ia usaha transformasi untuk menaik taraf sistem pendidikan Bahasa Inggeris dalam melahirkan pelajar dan guru yang lebih baik di masa depan,” katanya.
Dr Maszlee berkata, selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, penubuhan Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI) juga turut dipertanggungjawabkan dalam penghasilan Hala Tuju Bahasa Inggeris 2015-2025 bagi menentukan hala tuju sistem pendidikan Bahasa Inggeris dari peringkat prasekolah sehingga universiti, termasuk pendidikan guru.
Katanya, ketika ini, murid prasekolah dan Tahun Satu hingga Tiga sedang mengikuti kurikulum dijajarkan CEFR dan akan diikuti dengan peringkat pendidikan lain yang dibekalkan dengan buku teks dan bahan digital.
“Hari ini, kita berjaya membina keupayaan pendidikan guru mengenai CEFR dan pada masa sama, kita masih dalam proses mempelajari, memahami dan mengaplikasikan sedikit demi sedikit.
“Semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama memenuhi aspirasi ini dalam membantu kementerian mencapai matlamat transformasi pendidikan Bahasa Inggeris,” katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.