Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan generasi muda meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing modal insan tempatan di peringkat global.
Bahasa Inggeris adalah bahasa global yang digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai dari peringkat sekolah lagi. Lebih kurang 1.5 bilion manusia di dunia bertutur dalam Bahasa Inggeris manakala 1 bilion lagi sedang mempelajarinya. 75% daripada surat dan poskad di dunia ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Walaupun Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara kita, namun penguasaan Bahasa Inggeris dapat membantu seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Bak kata pepatah, menuntut ilmu biar sampai ke negeri China.
Ekonomi global berpaksikan Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan bahasa ekonomi dan teknologi yang membolehkan negara menjadi lebih kompetitif dalam era dunia tanpa sempadan. Lihat sahaja negara-negara berekonomi tinggi seperti Perancis, China, Jepun dan lain-lain yang sebelum ini memandang remeh kepentingan Bahasa Inggeris. Kini negara-negara tersebut telah pun mengiktiraf kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antarabangsa.
Bahasa Inggeris bakal membunuh bahasa ibunda?
Ada juga segelintir yang beranggapan bahawa memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud membunuh Bahasa ibunda negara kita iaitu Bahasa Malaysia. Namun, mengapa perlu kita berfikiran negatif? Mengapa kita tidak boleh menguasai kedua-dua bahasa ini sekaligus? Bukankah itu pemikiran yang lebih positif dan matang?
Inisiatif kerajaan demi memartabatkan Bahasa Inggeris
Bermula tahun ini, kerajaan telah menggunakan Common Europen Framework of Reference for Languages (CEFR) sebagai penana aras untuk mengukur tahap bahasa Inggeris pelajar di negara ini.
Ia bakal bermula bagi pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) tahun ini diikuti bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2022 nanti. Penanda aras CEFR ini telah diperkenalkan melalui transformasi pendidikan bahasa Inggeris, English Language Roadmap 2015-2025.
Bahasa Inggeris menjadi teras Industri Revolusi 4.0
Negara maju seluruh dunia rata-ratanya menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi walaupun bukan bahasa ibunda mereka. Banyak buku, laman web, dan sumber ilmu yang lain ditulis dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, kemahiran berbahasa Inggeris membuka pintu kepada ilmu pengetahuan tanpa sempadan di dalam era teknologi yang serba-serbi canggih masa kini.
Dalam usaha menunaikan hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara dengan ekonomi termaju di dunia, seluruh rakyat terutamanya golongan pelajar dan pemuda memainkan peranan yang amat penting. Mereka adalah penggerak ekonomi utama sesebuah negara. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan generasi muda meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing modal insan tempatan di peringkat global. Seterusnya, menggalakkan hubungan kerjasama dengan negara asing terutamanya dalam bidang teknologi Industri Revolusi 4.0.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.