Terdapat pelbagai sebab mengapa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling sesuai untuk digunakan sebagai bahasa kedua.
Lebih 1 Bilion Orang Guna Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
Terdapat pelbagai sebab mengapa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling sesuai untuk digunakan sebagai bahasa kedua.
Mengikut statistik terbaru, Bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda kepada hampir 378 juta orang di dunia!
Walaupun terdapat lebih 6,000 bahasa yang berlainan di seluruh dunia, tetapi Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa perantara dan komunikasi yang paling banyak digunakan antara satu sama lain.
Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di 54 negara yang meliputi Eropah, Amerika, Afrika, Asia, termasuklah negara seperti New Zealand, Afrika Selatan, Belize, India, Malta dan Singapura.
Kajian menganggarkan bahawa lebih dari 1 bilion orang belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada satu-satu masa. Sekaligus menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua paling banyak digunakan di dunia!
Bahasa Inggeris diajar di sekolah sebagai bahasa kedua di ratusan negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Sweden, China, dan banyak negara lain.
Kesukaran untuk belajar Bahasa Inggeris
Jadi, anda telah bersedia untuk hantar anak anda belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Adakah anak anda takut membuat kesilapan dan tidak dapat kuasainya dengan baik?
Jangan biarkan kebimbangan anda menjadi penghalang dan menghalang anak anda mencapai matlamat yang satu.
Masalah sebutan
Adakah anda melihat anak anda selalu berasa kecewa setiap kali cuba berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tetapi orang sekeliling tidak faham apa yang anak anda perkatakan?
Ada kemungkinan anak anda menyebut perkataan tertentu dengan sebutan yang salah kerana dalam Bahasa Inggeris, terdapat lebih 20 bunyi vokal yang berbeza.
Tatabahasa
Penguasaan tatabahasa dapat membantu kita menguasai Bahasa Inggeris dalam masa yang amat singkat dan membuatkan pembelajaran bahasa Inggeris kita menjadi amat mudah!
Ia memudahkan kita untuk lebih memahami kenapa apabila kita menggunakan kata nama, kadang-kadang perlu menambah s,es,ies atau ves kepada sesuatu kata nama itu.
Jika kita dapat kuasai “grammar” dengan baik, kita tidak akan teragak-agak dan berasa lebih yakin untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
Masalah dengan perbendaharaan kata
Penggunaan kosa kata yang salah adalah satu lagi cabaran yang biasa dihadapi kepada kanak-kanak yang baru mempelajari kemahiran Bahasa Inggeris.
Belajar perbendaharaan kata ialah salah satu langkah pertama untuk mempelajari bahasa kedua.
Kualiti dan kebolehan berbahasa seseorang bergantung kepada kuantiti perbendaharaan kata. Semakin banyak perbendaharaan kata yang anda tahu, semakin besar kemungkinan kita fasih dalam Bahasa tersebut.
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.