PUNCA ANAK HILANG FOKUS DALAM KELAS YANG IBU BAPA PERLU AMBIL BERAT SEBELUM MELARAT! - KLC English Language Centre
PUNCA ANAK HILANG FOKUS DALAM KELAS YANG IBU BAPA PERLU AMBIL BERAT SEBELUM MELARAT!

PUNCA ANAK HILANG FOKUS DALAM KELAS YANG IBU BAPA PERLU AMBIL BERAT SEBELUM MELARAT!

Isu murid tak fokus waktu cikgu mengajar adalah perkara biasa. Kebanyakan ibu bapa pun sudah sedia maklum tentang hal ni.

Isu murid tak fokus waktu cikgu mengajar adalah perkara biasa. Kebanyakan ibu bapa pun dah sedia maklum tentang hal ni.
Tapi, tak semua ibu bapa tahu PUNCA sebenar anak-anak tak dapat beri tumpuan di dalam kelas.
Antara punca yang menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah ni adalah...

#1 TAK FAHAM TOPIK YANG DIBINCANGKAN

Tumpuan murid boleh terganggu bila mereka tak dapat memahami apa yang cikgu sedang bincangkan dalam kelas. Situasi bertambah buruk bila mereka MALU nak tanya. Maka mulalah mereka khayal atau buat kerja lain. Dan sesi pembelajaran tersebuttidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 

#2 TIADA AKTIVITI YANG MENCABAR

Bagi sesetengah murid, apa yang diajar dalam kelas tak cukup mencabar kemampuan mereka untuk berfikir dan bertindak. Kesannya, mereka mula rasa bosan dan mencari sesuatu yang lebih menyeronokkan. Di KLC, kami sangat menggalakkan pelajar untuk rajin membaca buku. Tak kira buku apa sekalipun. Untuk melatih mereka menyebut perkataan-perkataan yang lebihsukar.

#3 GANGGUAN PERSEKITARAN

Segala jenis gangguan yang datang daripada luar kelas mahupun dalam kelas boleh jadi 'virus' yang melumpuhkan daya fokus murid. Di sinilah kreativiti para guru teruji untuk buat anak-anak murid kembali ke trek asal!

#4 KURANG MOTIVASI DIRI

Dalam kebanyakan situasi, minat yang tinggi akan buatkan kita termotivasi untuk buat sesuatu dengan lebih baik. Jadi, bila anak-anak tak tunjukkan minat dalam sesuatu subjek, mereka susah untuk fokus dan beri tumpuan. Jadi, ibu bapa main peranan untuk ketahui minat anak-anak ketika di rumah dan cuba gunakan minat mereka sebagai salah satu kaedah yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak.

#5 TAK DAPAT TIDUR DAN ZAT YANG CUKUP

Bila anak-anak tidur kurang daripada 8-10 jam setiap malam, mereka tak dapat tenaga cukup untuk kekal fokus dalam kelas. Keadaan jadi lebih buruk bila mereka tak sarapan dan belajar dalam keadaan lapar. Asyik terbayang makanan sahaja nanti di dalam kelas.

#6 KEPERLUAN BELAJAR YANG TAK LENGKAP

Murid akan mudah terganggu bila keperluannya tak lengkap. Masalah alat tulis tak cukup, tertinggal buku akan buat mereka tak senang duduk sampai kelas tamat. Bila fikiran terganggu, apa yang cikgu ajar masuk sukar untuk di serap. Jadi ibu bapa kena pastikan anak-anak datang ke kelas membawa buku yang mereka perlu.

Mac 18, 2020

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge