Kalau sebelum ni anak-anak kita takda jadual harian selain dari pergi balik sekolah, sekarang adalah masa yang terbaik untuk bina jadual anak-anak di rumah.
RUTIN = KONSISTEN = PERUBAHAN
Kalau sebelum ni anak-anak kita takda jadual harian selain dari pergi balik sekolah, sekarang adalah masa yang terbaik untuk bina jadual anak-anak di rumah.
Selain dari kena hadiri kelas atas talian (online), rutin anak-anak setiap hari di rumah juga perlu supaya mereka tidak rasa bosan, tekanan mahupun tantrum.
Kanak-kanak pilih untuk bermain kerana tiada aktiviti lain yang disusun untuk mereka. Jadi secara asasnya, bermain jelah yang mereka fikir sebab menyeronokkan.
Biarkan anak-anak tidur lewat malam sebab besok pagi tak sekolah juga adalah tindakan yang boleh bawa keburukan pada anak-anak. Jadi kita kena cuba rancang jadual mereka sebaiknya sebelum terlambat.
Kita tak tahu selama mana keadaan ini akan berterusan. Jadi kita kena buat sesuatu untuk masa depan mereka.
MASA BELAJAR > MASA BERMAIN
Jadual anak anda boleh ubah mungkin seminggu sekali untuk elak mereka bosan. Tapi jangan lupakan slot untuk sesi pembelajaran pula. Kalau disekolah, mereka menggunakan masa lebih kurang 5 jam di dalam kelas untuk belajar.
Boleh cuba rancang masa belajar anak-anak sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari. Tapi pastikan di antara waktu tersebut ada “break” untuk anak-anak makan & rehat.
Masa untuk belajar haruslah lebih banyak daripada masa untuk aktiviti-aktiviti lain. Kalau boleh setiap hari mesti kena ada aktiviti fizikal seperti bersenam untuk rangsang otot pada tubuh badan mereka selepas letih belajar.
TETAPKAN MASA TIDUR ANAK
Kalau boleh ajar anak untuk tidur awal. Ingatkan mereka bahawa hari esok akan ada rutin lain selain belajar. Beri mereka rasa teruja dengan aktiviti yang anda rancang bersama mereka. Dengan syarat, mereka kena tidur awal & ikut peraturan di rumah.
Jangan biarkan mereka tidur lewat malam. Sampaikan anda dah tidur pun mereka belum tidur lagi. Bahaya sebab macam-macam boleh jadi. Jadi kita kena ambil langkah pencegahan. Contohnya, wujudkan suasana atau mood menunjukkan masa untuk tidur. Elakkan aktiviti yang terlalu aktif pada waktu malam.
Ajak anak gosok gigi, basuh kaki dan masuk bilik tidur. Kalau anda ada masa lebih, boleh tunggu di bilik tidur mereka sampailah mereka tidur. Baru anda ke bilik tidur anda. Situasi ini sekaligus mampu menambah keakraban anda bersama anak.
BANGUN AWAL UNTUK MULAKAN AKTIVITI HARIAN
Kejut anak pada awal pagi, minta mereka untuk mandi, pakai cantik-cantik, wangi-wangi dan sarapan pagi. Anda pun kena buat benda yang sama. Wujudkan suasana pagi di rumah yang positif. Jangan marah-marah, jerit-jerit pada anak-anak.
Mulakan hari anda dengan perkara yang positif, Insyaallah hari anda akan kekal positif. Jangan kata kita dewasa je pandai moody, anak-anak pun reti nak terasa dengan kita kalau kita kerap marah mereka. Jadi, didik mereka ikut peraturan dan berdisiplin di rumah. Pasti urusan harian anda dan anak-anak lebih mudah serta lancar.
Beri sokongan dan dorongan pada anak-anak. Beri mereka semangat untuk hadir kelas online. Sebab kita faham, lama-lama anak-anak akan mula rasa bosan. Tapi kita jangan mengalah untuk didik mereka untuk berdisiplin.
Kita perlu faham konsep tegas dan perlu beri mereka faham tentang sesuatu perkara. Baru mereka akan lebih mudah untuk terima dan buat sesuatu tugas dengan sepenuh hati.
SEMOGA ANDA TERUS KUAT
Last but not least, saya berharap anda sebagai ibu bapa akan terus kuat untuk beri didikan pada anak-anak. Biarlah kita rasa susahnya nak didik anak sekarang, daripada kita menyesal kerana tak didik mereka dari awal.
Jika anda sedang mencari kelas BI untuk anak-anak, anda boleh whatsapp kami untuk maklumat lebih terperinci ya. Boleh tekan je link di bawah ni:
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.