Tanpa Penguasaan Bahasa Inggeris Kita Sukar Kuasai Ilmu - KLC English Language Centre
Tanpa Penguasaan Bahasa Inggeris Kita Sukar Kuasai Ilmu

Tanpa Penguasaan Bahasa Inggeris Kita Sukar Kuasai Ilmu

Dengan menguasai bahasa Inggeris, ia tidak bermakna kita menolak bahasa ibunda, malah penguasaan satu bahasa sahaja tidak mencukupi untuk kita bersaing dengan yang lain.

Mempelajari lebih dari satu bahasa adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. 

 

Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja menjadi nilai tambah untuk kita mencari pekerjaan yang baik, malah secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi yang baik. 

Pada zaman globalisasi ini, penguasaan bahasa Inggeris menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang. Mempelajari bahasa kedua tidak pernah terlalu awal untuk kanak-kanak. Malah lebih awal adalah lebih baik.

Ini kerana di awal usia mereka, ia adalah masa terbaik untuk beri pendedahan kepada bahasa kedua.

Pada masa itu, deria pendengaran mereka sangat tajam. Jadi, amat mudah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu melalui pendengaran.

Seterusnya kita ajar pula mereka untuk mengenal huruf & sebutan. Lidah mereka masih mudah untuk dilentur pada "masa" tersebut.

 Cuba anda bayangkan 10 tahun akan datang? Apa yang ada dalam fikiran kita tentulah kemajuan yang sangat pesat.

Sekarang ni pun persaingan cukup hebat. Terlalu ramai orang yang pandai. Tapi cuba anda fikir, apakah perbezaan anak anda dengan kanak-kanak lain?

Jika tidak diberi pendedahan seawal ini, mereka mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja, kemahiran berkomunikasi juga turut terjejas dan kurang keyakinan diri.

Cuba anda bayangkan betapa kasihannya anak anda jika dia seorang sahaja ketinggalan hanya kerana tidak mahir bahasa Inggeris?

Jangan kata kanak-kanak. Kita yang sudah meningkat dewasa pun bila orang tanya soalan dalam bahasa Inggeris tergagap nak jawab kan? Sebab apa? sebab kita tak yakin dengan jawapan kita.

Tapi kalau bukan anda yang bertindak siapa lagi? Betul tak?

Bayangkan anda hantar anak anda bersekolah di sekolah antarabansa dengan yuran yang tinggi. Dengan harapan agar anak anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan cepat. 

Tapi anda tidak sedar bahawa anda membuat tindakan yang boleh mendatangkan mudarat atau tekanan kepada anak anda jika dia tiada asas bahasa Inggeris yang baik.

Anak anda juga mungkin mengalami maalah untuk bergaul dengan rakan-rakan di sekolah.

Jadi apa pilihan yang anda ada sekarang ni?

Tepuk dada tanya diri anda sendiri.

Jika anda inginkan bantuan, KLC ada teknik rahsia untuk tarik minat anak anda belajar bahasa Inggeris. Seterusnya mahir seperti "PRO!".

 

 

Mei 22, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge