10 Faedah Membaca Untuk Kanak-Kanak Ibu Bapa Perlu Tahu - KLC English Language Centre
10 Faedah Membaca Untuk Kanak-Kanak Ibu Bapa Perlu Tahu

10 Faedah Membaca Untuk Kanak-Kanak Ibu Bapa Perlu Tahu

Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa.

1) Menambah Perbendaharaan Kata

Melalui pembacaan, anak akan terbiasa mendengar/melihat pelbagai perbendaharaan kata yang baru. Ini akan memperkaya kosa kata mereka dan membantu mereka dalam memahami berbagai perkara yang ada di sekitar mereka.

Hal ini juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk membuat otak agar lebih berkembang kerana anak dirangsang untuk memperkaya bahasa mereka.

2) Meningkatkan Keterampilan Komunikasi

Dengan perbendaharaan kata yang semakin banyak, ia dapat membantu anak lebih mudah dalam berkomunikasi. Mereka akan lebih percaya diri dalam berucap kerana mereka kaya dengan berbagai kata dan perkataan. Malah, hal ini juga dapat membantu anak-anak untuk menyusun perkataan dengan baik.

Selain itu, sewaktu ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak, sebaiknya pembacaan tersebut berlaku dengan nada suara serta intinasi yang dapat didengar dengan baik oleh anak-anak (read a loud).

Kerana dengan read a loud, ibu bapa sebenarnya telah mengajarkan banyak keterampilan dalam berkomunikasi. Anak-anak juga akan belajar bagaimana cara untuk berkata-kata, mendengar dan membaca dengan baik.

3) Mengenalkan Konsep Baru

Berbagai konsep dalam kehidupan dapat ibu bapa kenalkan kepda anak-anak melalui membaca. Mulai dari pengenalan berbagai jenis warna, bentuk, huruf, angka dan lain-lain.

Malah, kebiasaannya, anak-anak yang bersifat inkuiri akan sering bertanya soalan sekiranya ibu bapa membacakan sesuatu konsep atau ilmu yang baru kepada mereka. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung sangat membantu anak-anak untuk memahami seuatu konsep baru.

4) Melatih Kemampuan Berfikiran Logik

Membaca dapat melatih anak untuk berfikiran logik. Ketika ibu bapa membacakan buku untuk anak, mereka akan belajar untuk memahami sebab dan akibat, belajar untuk memahami konsep ilmu logik, serta berfikir secara abstrak. Anak juga akan belajar mengenai akibat dari suatu tindakan, dan hukum-hukum apa yang benar dan salah.

5) Melatih Konsentrasi

Aktiviti membaca memerlukan perhatian yang cukup lama. Ini dapat melatih konsentrasi anak, bagaimana mereka tetap dalam posisi tenang, mendengarkan dan memproses informasi agar diterima dengan baik.

Bila anak sudah terbiasa sejak kecil dilatih konsentrasinya, maka ia akan lebih mudah untuk melaksanakan serta menyelesaikan suatu pekerjaan dengan hasil yang maksimum.

6) Mengembangkan Imaginasi dan Kreativiti

Membaca tentang aneka ragam kehidupan dapat membuka fikiran anak-anak. Informasi yang mereka terima dapat membantu mengembangkan kreativiti otak mereka. Ini kerana anak akan terpanggil untuk memiliki rasa ingin tahu terhadap sesuatu cerita atau ilmu baru yang diperolehi daripada pembacaannya.

7) Mewujudkan Hubungan dan Interaksi Antara Anak Dengan Ibu Bapa

Proses membaca buku merupakan proses komunikasi yang interaktif antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini membantu menjalinkan ikatan emosional antara kedua-dua pihak.

Anak akan merasa dihargai dan diberi perhatian dan dicintai oleh ibu bapa. Kebahagiaan itulah yang akan membuat mereka merasa dekat dengan kedua ibu bapa. Anak merasa memiliki sahabat terbesar dalam hidupnya yang setia menemani mereka dalam apa keadaan sekalipun.

8) Membentuk Akhlak Dan Nilai Sosial

Pembacaan juga merupakan salah satu cara untuk membangunkan karektor anak-anak. Pilih bacaan yang mengandungi nilai-nilai sosial. Dengan cara ini, anak dapat belajar untuk berperilaku dengan baik dan tahu berkenaan adab serta adat masyarakat.

9) Memupuk Minat Membaca

Jika dari kecil anak-anak sudah terbiasa dibacakan buku oleh ibu bapa mereka, hal ini akan mendorong untuk anak-anak suka membaca buku jika mereka sudah pandai membaca sendiri. Ini kerana, mereka sudah terbiasa berada dalam lingkungan kondusif yang menmpengaruhi mereka untuk melakukan aktiviti membaca.

Hal ini akan memupuk minat serta budaya membaca dalam diri mereka. Pada tahap ini, amalan membaca bukanlah suatu hal yang harus dipaksakan lagi kerana kesedaran itu akan timbul sendiri dalam  diri anak betapa pentingnya membaca.

10) Meningkatkan Prestasi Akademik

Anak yang terbiasa dibacakan buku sejak kecil, tidak akan mengalami kejutan budayasewaktu mereka memasuki zaman persekolahan. Sebuah data statistik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa anak-anak yang pintar di sekolah adalah seorang pembaca yang baik.

 

 

 

Jun 03, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge