3 Tip Mudah Tarik Minat Anak Supaya Suka Membaca - KLC English Language Centre
3 Tip Mudah Tarik Minat Anak Supaya Suka Membaca

3 Tip Mudah Tarik Minat Anak Supaya Suka Membaca

Seperti peribahasa Melayu, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar suka membaca amat penting seawal usia mereka.

1. Membaca bersama-sama anak anda mampu..

  • membina hubungan dengan Ibu/Bapa dan ia juga merupakan peluang keemasan untuk komunikasi perseorangan dengan anak.
  • anak dapat mengembangkan lagi perkataan yang digunakan dalam masa yang sama belajar menyebut sesuatu perkataan baru dengan betul.
  • membina sifat ingin tahu, kreativiti, kemahiran mendengar dan imaginasi.
  • menenangkan bayi, terutamanya di saat dia kepenatan dan gelisah.
  • anak yang didedahkan kepada bahasa dengan mendengar perkataan-perkataan yang dibacakan padanya dan di dalam perbualan biasanya lebih cemerlang di sekolah.
  • membaca buku bersama orang dewasa meningkatkan minat anak terhadap buku sehingga beratus kali ganda.

2. Amalkan membaca satu buku sebelum tidur (bedtime stories)

Adakah anda akan meluangkan masa membaca buku untuk anak-anak sebelum mereka tidur? Jika tidak pernah, mungkin bila anda tahu tentang kebaikannya, anda akan kerap untuk melakukannya!

a. Bantu kembangkan daya imaginasi

Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Anda akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Selain itu, membantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.

b. Cipta saat-saat indah

Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya mahu anak anda ingat bahawa anda sudah mencurahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan membuatkan hati anak terpaut kepada anda.

c. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap

Apabila anda membaca untuk anak-anak, anda sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.

d. Merangsang otak anak

Dalam penceritaan penuh perasaan yang anda sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak anda membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka, lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.

e. Pandai dalam akademik

Pastinya, teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.

Maka, jadikan amalan membaca sebagai rutin harian anda bersama anak-anak. Pastikan anda membeli pelbagai buku-buku cerita menarik yang mampu menarik minat anak untuk mendengar anda bercerita. 

3. Aktiviti membaca di luar rumah 

Bila anda berada di luar bersama anak, bagi depa baca segala signboard dan poster. 

Rupa-rupanya ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif dengan menggunakan semua sumber yang ada di sekeliling kita, tidak terhad hanya kepada buku sahaja. Yang penting, ibu bapa hanya perlu luangkan sedikit masa untuk membaca bersama dengan anak-anak. Jadi, apa kata kita mula kurangkan masa dengan media sosial dan lebihkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Jun 17, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge