7 Tip Untuk Elak Mengantuk Ketika Membaca Buku - KLC English Language Centre
7 Tip Untuk Elak Mengantuk Ketika Membaca Buku

7 Tip Untuk Elak Mengantuk Ketika Membaca Buku

Pernahkah tak korang rasa mengantuk dan macam nak tidur bila baca buku? Rasa mengantuk ketika membaca buku adalah sesuatu yang sering berlaku kepada manusia tak kira di mana pun dia berada.

 

7 Tip Untuk Elak Mengantuk Ketika Membaca Buku

Rasa mengantuk ketika membaca terjadi disebabkan beberapa faktor.

 

1) Bahan bacaan itu tidak menarik

 

2) Badan & otak kita sebenarnya dalam keadaan letih & perlukan rehat secukupnya

 

3) Ia juga boleh terjadi apabila kekurangan oksigen yang memasuki ke dalam otak kita.

 

4) Dipaksa atau malas untuk membaca buku

 

 

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan dari rasa mengantuk ketika membaca buku?

 

1) Pastikan niat atau tujuan anda membaca buku. Set kan mindset” anda baca buku untuk dapatkan ilmu & jadi lebih baik daripada sekarang.

2) Pilih bahasa yang mudah difahami untuk dibaca.

3) Pilih waktu yang tepat untuk membaca. Selepas makan atau ketika perut terlalu kenyang juga menjadi punca kita akan rasa cepat mengantuk.

4) Disarankan untuk membaca buku pada waktu pagi selepas kita sudah mandi, segar & cukup rehat.

5) Pilih lokasi serta posisi membaca yang selesa & sesuai untuk membaca. Elakkan membaca sambil baring kerana boleh menyebabkan kita terasa mengantuk serta tertido.

6) Posisi yang betul ada duduk dalam keadaan yang selesa.

7) Jika isi kandungan buku tersebut panjang atau buku yang tebal, ambil masa rehat dalam 10 minit untuk minum & segarkan diri semula sebelum sambung membaca.

8) Kalau boleh, jangan paksa diri untuk habiskan semuanya pada masa itu. Boleh bahagi-bahagikan masa untuk setiap bab atau tajuk.

 

 

Sep 06, 2022

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge