Namun, walaupun mereka mahir bertutur, kemahiran yang lebih asas seperti membaca, mendengar dan menulis bahasa Inggeris tidak dikuasai dengan baik. Kenapa perkara ini berlaku?
Adakah anak anda dah “POWER” bahasa Inggeris dengan hanya mahir bertutur bahasa tersebut?
Ada sesetengah ibu bapa yang sudah merasa anak mereka dah “POWER” bahasa Inggeris apabila mereka telah mahir bertutur bahasa Inggeris. Kebanyakan kanak-kanak mahir bertutur bahasa Inggeris dengan menonton video, faktor persekitaran, dan juga melalui filem berbahasa Inggeris.
Namun, walaupun mereka mahir bertutur, kemahiran yang lebih asas seperti membaca, mendengar dan menulis bahasa Inggeris tidak dikuasai dengan baik. Kenapa perkara ini berlaku?
Ini kerana, bertutur adalah proses “output” manakala membaca dan mendengar adalah proses “input”. Inilah kelemahan yang kanak-kanak alami jika asas mereka tidak kukuh dan tidak merangkumi kesemua elemen asas bahasa Inggeris.
Sebab itulah, bila ibu bapa datang ke KLC dan menyatakan keadaan anak mereka, situasi mereka semua adalah hampir sama. Yakin untuk bertutur tetapi tiada kemahiran membaca, mendengar dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Anda harus tahu, “membaca” adalah elemen paling asas dalam mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris. Membaca adalah proses input di mana dengan kemahiran ini, anak anda akan dapat menambah lebih banyak ilmu pengetahuan serta mampu mengembangkan lagi akal fikiran mereka.
Tidak apa kalau anak anda perlu belajar dari mula, belajar dari bawah untuk kuasai asas bahasa Inggeris. Barulah kemahiran mereka lebih sempurna dan lengkap.
Ramai ibu bapa yang datang ke KLC bersama anak berumur 4 tahun. Mereka merasakan bahawa betapa pentingnya pendedahan awal kepada kanak-kanak. Ini kerana pada masa sekarang ini otak mereka seperti span yang sangat mudah menyerap apa sahaja yang dipelajarinya. Pada umur ini, mereka tidak terdedah dengan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu tumpuan mereka.
Jadi saranan KLC kepada semua ibu bapa yang menghantar anak ke KLC perlu menghadkan masa penggunaan gajet anak-anak ataupun jika boleh, hentikan penggunaan gajet untuk anak-anak.
Mulakan hari ini daripada anda menyesal di kemudian hari. Kanak-kanak akan lebih mudah untuk hilang fokus jika penggunaan gajet terlalu berlebihan. Mereka akan tidak senang duduk apabila guru ingin memulakan pembelajaran. Jadi, lebih baik anda bertindak sekarang.
Di KLC, program Master Key direka khas untuk membantu kanak-kanak membaca. Walaupun anak anda tidak pernah menghadiri mana-mana prasekolah sebelum mereka menyertai KLC, anda tidak perlu risau. Ini kerana program Master Key mengajar kanak-kanak dari yang paling asas iaitu mengenal bunyi setiap huruf dan sebutan yang tepat untuk sesuatu perkataan.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai program Master Key ini, boleh klik link di bawah :
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.