Banyak sangat kebaikan jika anak kita mahir membaca sejak mereka kecil lagi tau!
Kita nak tuntut ilmu perlu ada kemahiran membaca. Baru lebih mudah kita nak faham sesuatu ilmu tu & praktikkan dalam kehidupan kita.
Okay jom baca apa kebaikan lain jika anak anda mahir membaca di awal usia!
Yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Ramai kanak-kanak tidak yakin apabila perlu berhadapan atau bercakap di hadapan orang ramai. Ini kerana mereka merasakan ada kekurangan dalam diri mereka yang mungkin akan ditertawakan oleh orang lain. Namun, jika kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik, ia sekaligus meningkatkan & menambah jumlah “Vocab” anak anda. Anda sebagai ibu bapa juga perlu memeri sokongan dan dorongan kepada anak anda supaya mulakan membaca dari rumah. Ini adalah untuk kebaikan mereka.
Kemahiran komunikasi meningkat!
Apabila kemahiran komunikasi anak anda meningkat, ia secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam perkembangan kemahiran sosial. Lebih banyak anda anda berkomunikasi, lebih mudah untuk dia bergaul dengan rakan sebaya.
Meningkatkan “vocabulary” dalam bahasa Inggeris.
Untuk meningkatkan jumlah “vocabulary” dalam sesuatu bahasa, membaca adalah cara yang terbaik. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak “vocab” yang anak kita dapat belajar. Kaedah menghafal “vocab” adalah tidak efektif untuk kanak-kanak kerana ia hanyalah akan membebankan mereka.
Rasa ingin tahu semakin meningkat
Bila anak kita dah mula minat membaca, rasa ingin tahu mereka turut akan meningkat. Ini kerana mereka mula memamahi banyak perkara yang mungkin tidak mereka ketahui sebelum ni.
Meningkatkan fokus kanak-kanak.
Membaca mampu meningkatkan fokus kanak-kanak dalam sesuatu perkara. Ini kerana kita akan fokus kepada sesuatu bahan bacaan tersebut apabila membaca. Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan keupayaan otak kanak-kanak.
Mengurangkan penggunaan gajet (screen time)
Pengurangan menggunaan gajet/ screen time anak-anak adalah satu pencapaian yang sangat baik! Anak anda mula mempunyai rutin lain selain bermain game di telefon pintar mahupun tablet. Membaca juga boleh jadi amat menyeronokkan jika anda pandai memilih buku yang akan dibaca.
Tapi macam mana nak pupuk minat anak membaca jika kemahiran membaca pun mereka belum dapat kuasai.
Anda cuma perlu cari kaedah yang terbaik untuk bantu meningkatkan kemahiran membaca anak anda. Di KLC, kami mempunyai satu program asas bahasa Inggeris yang telah bantu beribu kanak-kanak untuk mahir membaca dalam masa yang singkat!
Nak tahu apakah keistimewaan program Master Key dengan program lain di luar? Tekan link di bawah untuk info lanjut tau!
https://www.klceducation.edu.my/landing-page/program-master-key-untuk-anak-anda
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.