Mister Robot Adham - KLC English Language Centre
Mister Robot Adham

Mister Robot Adham

Saya mula mengajar Adham pada Januari 2019 kerana menggantikan Teacher Eliana di KLC Tun Aminah.

 

Saya mula mengajar Adham pada Januari 2019 kerana menggantikan Teacher Eliana di KLC Tun Aminah. Kelas pertama dengannya, saya bersama - sama Teacher Fiza pada waktu itu. Hal ini kerana, saya masih di dalam fasa pemerhatian lagi.

Kami berdua merasakan Adham ni ada karakter yang agak lucu sebab bila tengok pergerakan, cara berjalan dan cara percakapannya semua seakan robot.

Pada awalnya, Adham tidak mahu memberikan respons secara verbal kepada saya. Dia hanya menjawab 'Hmm' yang panjang sambil mengetap bibirnya.

Mungkin dia tidak biasa berkomunikasi dengan 'orang baharu'. Cara Adham memberitahu namanya yang panjang itu pun sangat laju dan unik ya.

Bila saya tanya;

"What is your name?”

Dia akan menjawab,

"Wan Mohamad Firdie Adham Bin Wan Hairul Azrie"

Hanya dengan sekali lafaz tau. Kalau nak pergi menikah ni, mesti Tok Kadi dengan saksi akan jawab 'Tak Sah'. Yelah sebab laju sangat. Tok Kadi pun dengar tak jelas. Hehe

Selepas beberapa kelas, dia mula rasa selesa dengan saya, fasa menjawab dengan hanya 'Hmm' yang panjang juga dah berakhir. Yeayyy!

Nak tahu macm mana ambil hati Adham? Saya akan cuba berkomunikasi dengan Adham sebelum dan selepas kelas semasa dia sedang bermain Lego di ruang menunggu. Saya akan tanya pada Adham apa yang sedang dia bina dengan lego - lego tersebut. Dari situ interaksi kami semakin baik.

Ada suatu hari tu, dia buat pistol mainan menggunakan lego. Kemudian, Adham mengacukan pistol lego tu kepada saya. Apa lagi, saya pun berlakon lah seperti tengah tahan sakit sebab ditembak. Sejak dari tu, saya yakin yang Adham semakin selesa dengan saya. Terima kasih KLC, kerana Lego, Adham jatuh cinta

Masa awal-awal dulu, Adham ni sebenarnya kerap sangat guna Bahasa Melayu dalam kelas. Mungkin sebab saya ni pun guru Melayu, jadi dia rasa macam oh takpelah kalau nak tanya soalan dalam Bahasa Melayu.

Tapi, saya tetap cuba sedaya upaya saya untuk berikan respon dalam Bahasa Inggeris sebab saya nak sangat Adham cuba biasakan diri berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

“It’s for your own good Adham”

Sekarang ni, Adham dah makin yakin nak bercakap dalam Bahasa Inggeris tau. Dia pun dah takda rasa malu-malu kalau nak tanya soalan. Bukan main petah lagi dia becakap dalam kelas tau.

Adham ni sangat bijak. Dia memang cepat je tangkap “Grammar Error” yang saya dah kelaskan pada dia dan tak mengulangi perkara yang sama.

Paling seronok sekali kan, keputusan Mock Test Adham pun dah makin meningkat

Haa..Begitulah kisah saya dengan Adham sepanjang dua bulan saya mengajarnya. I hope you enjoy the story

Oh ye, nak tengok bagaimana Adham di kelas? Jom tengok video di bawah

 

—Teacher Nadiah—

 

Apr 14, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge