Keperluan untuk mahir bahasa Inggeris berubah dari semasa ke semasa.
Dulu
๐ Bahasa Inggeris tidak menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian kita.
๐ Masih ramai yang tidak mahir bahasa Inggeris walaupun kemahiran asas seperti membaca & mengeja.
๐ Kurang medium untuk latih kemahiran bahasa Inggeris
๐ Tiada platform yang sesuai untuk tonjolkan kemahiran bahasa Inggeris, maka lama kelamaan kemahiran tersebut tidak dipraktikkan & akhirnya menjadi tidak mahir.
Sekarang
๐ Penggunaan bahasa Inggeris di mana-mana sahaja. Tidak kira di sekolah, universiti mahupun dalam pekerjaan.
๐ Menjadi salah satu keistimewaan kepada mereka yang mahir untuk mendapatkan peluang yang lebih banyak. Lebih-lebih di alam pekerjaan.
๐ Terdapat pelbagai platform atau medium untuk belajar bahasa Inggeris
๐ Platform percuma seperti media sosial menjadi ruang untuk mereka menonjolkan kemahiran berbahasa Inggeris sekaligus meningkatkan keyakinan diri.
๐ Kalau dulu, “benchmark” di sekolah atau “target” tidaklah begitu tinggi seperti sekarang. Sekarang ni kalau kita buka buku anak-anak yang sekolah rendah pun kita dapat rasa jika mereka tidak ada asas, macam mana mereka nak “catch up” dalam kelas. Betul tak?
Oleh itu, kemahiran bahasa Inggeris sekarang ni amatlah penting bukan hanya sebagai persediaan masa depan, malah untuk memastikan anak-anak kita dapat mengikuti silibus di sekolah.
Hampir setiap hari kita dapat lihat orang sekeliling kita menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dalam jual beli, penerangan info suatu produk & sebagainya.
Jadi, ia bukanlah satu perkara yang boleh kita ambil mudah, terutamanya pendedahan kepada anak-anak yang masih kecil.
Apa Langkah Pertama Yang Anda Boleh Buat di Rumah?
๐งก Wujudkan persekitaran berbahasa Inggeris di rumah untuk biasakan anak-anak.
Mungkin boleh pilih hari Sabtu sebagai ‘English Day”. Hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris sahaja & “reward” kepada yang berjaya menyahut cabaran itu! Menarik kan?
๐งก Bacakan buku cerita kepada anak-anak
Mungkin sekarang ni mereka masih belum boleh membaca BI dengan baik, jadi anda perlu tunjukkan dulu contoh. Anak-anak ni mudah ikut apa kita buat. Kalau kita biasakan baca buku cerita bersama-sama sebelum tidur, pasti ia boleh dijadikan rutin.
๐งก Kalau anak masih kecil, boleh mulakan dengan “flash card”.
Tahukah anda, “flashcard” ni sangat bagus digunakan untuk anak anda yang masih bayi lagi tau! Ia boleh merangsang otak bayi untuk menerima maklumat dan memberi maklum balas.
๐งก Kurangkan penggunaan gadget anak-anak
Gadget ni sebenarnya adalah satu gangguan yang boleh mengganggu fokus anak-anak untuk belajar. Keseronokan belajar tidaklah sama seperti keseronokan bermain gajet. Namun, anda sebagai ibu bapa, anda lah yang menentukannya. Boleh bagi mereka guna gajet, tapi hanya satu atau 2 jam sahaja. Mungkin hanya hujung minggu.
Anda juga berperanan untuk tidak kerap memegang gadjet anda ketika bersama anak-anak.
Tip di atas adalah antara langkah yang anda boleh mulakan dari rumah. Beri pendedahan kepada mereka tentang kepentingan bahasa Inggeris & kenapa perlu mahir bahasa Inggeris.
๐งก Cari kelas bahasa Inggeris yang sesuai dengan tahap anak anda
Kenapa kena cari kelas yang sesuai dengan tahap? Sebabnya, setiap kanak-kanak mempunyai tahap yang berbeza. Jadi kelas yang tepat dapat bantu anak anda untuk mahir dengan lebih cepat. Yang paling penting tanpa tekanan.
Sebagai contoh, di KLC, kami mengajar kanak-kanak mengikut tahap mereka sendiri. Jadi ketika di dalam kelas, mungkin tahap anak anda tidak sama dengan rakannya. Maka, teacher akan ajar mengikut tahap setiap kanak-kanak.
Di KLC, hanya 4 orang pelajar dalam satu kelas dan sesi kelas adalah 45 minit sahaja. Anda rasa cukup tak? Yes, cukup. Jika kelas terlalu panjang, kanak-kanak mudah hilang fokus, jadi 45 minit adalah durasi yang optimum untuk fokus kanak-kanak.
Kalau bukan kita sebagai ibu bapa yang mulakan dulu, siapa lagi kan? Jom, kita tak boleh lengah-lengah lagi dah. Masa dah makin suntuk, anak-anak semakin besar, buat sesuatu sebelum terlambat.
Info lanjut mengenai program Asas Bahasa Inggeris di KLC!
https://www.klceducation.edu.my/landing-page/program-master-key-untuk-anak-anda
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.