Pernah tak anda rasa stress atau tertekan sebab bila suruh anak buka buku belajar? bila suruh anak buka buku je memang tak dilayan. Dia pergi bangun amik gadget dan bukak game adalah.
Episod 1 : “Saya buntu. Anak saya langsung tak minat membaca”
Saya Maria. Ibu kepada Daniel yang kini berumur 7 tahun. Diharap perkongsian saya ni dapat beri sedikit kesedaran kepada ibu bapa di luar sana.
Pernah tak anda rasa stress atau tertekan sebab bila suruh anak buka buku belajar? bila suruh anak buka buku je memang tak dilayan. Dia pergi bangun amik gadget dan bukak game adalah.
Nak salahkan gadget 100% pun tak boleh jugak sebab kita dah decide nak beli untuk diorang. Kita ni yang kena kawal masa mereka guna gadget tu. Jangan nanti bila dorang dah leka, dah suka main game kita pulak nk marah-marah.
Bila saya tengok keadaan ni berterusan, saya mulalah rasa tertekan. Yelah umur 7 tahun, tapi bila kita suruh di abaca buku Bahasa Inggeris memang susah sangat. Paling tak pun dia pandai baca perkataan yang dia selalu baca je. Kalau kita tunjuk perkataan lain terkebil-kebil dia nak baca tu.
Sejak tu saya mula buat research secara online. Baca-punya baca rupanya penggunaan gadget yang berlebihan sewaktu anak kita masih kecil ni boleh menjejaskan pelbagai perkara. Contohnya dari segi pergaulan, percakapan, sosial dan sebagainya.
Saya mula rasa macam agak menyesal sebab ikutkan sangat anak dan tak bagi had masa gunakan gadget. Kadang-kadang bila pergi makan kat luar dengan keluarga tengok meja sebelah semua tengah main phone. Termasuklah anak-anak diorang sekali. Takda komunikasi langsung. Masa tu saya dah rasa yang saya perlu ubah cara saya didik anak.
Saya cuba hadkan masa penggunaan gadget anak setiap hari. Saya bagi dia guna gadget satu jam je sehari. Iaitu lepas waktu makan malam. Mula-mula mmeberontak jugak dia tapi bila saya pujuk baik-baik dan terangkan kat dia kenapa tak boleh guna gadget berlebihan, baru dia faham.
Alhamdulillah, satu perkara dah lepas. Tapi macam mana pulak saya nak Tarik minat dia untuk belajar Bahasa Inggeris? Macam mana nak “tackle” dia?
Saya sendiri pun Bahasa Inggeris takdelah expert mana. Nak ajar sikit-sikit tu boleh tapi saya nak anak saya dapatkan asas Bahasa Inggeris yang sempurna. Lagipun kita kerja, komitmen nak ajar dia hari-hari tu kadang-kadang terlepas juga.
Lepas bincang dengan suami, saya terus cari pusat Bahasa Inggeris yang ada di sekitar JB ni. Beberapa tempat juga saya pergi sampailah tempat last sekali saya pergi adalah KLC Language Centre (KLC).
Saya dengar satu persatu penerangan dari konsultan program yang bertugas. Saya menceritakan situasi anak saya kepada beliau. Beliau memahami situasi saya. Pada hari yang sama juga sesi penilaian Bahasa Inggeris dilakukan ke atas anak saya.
Lepas beliau beri penjelasan secara terperinci mengenai tahap Bahasa Inggeris anak saya dan program yang sesuai untuknya, saya bersetuju untuk hantar anak belajar di KLC.
Banyak lagi saya nak kongsi kepada anda tentang bagaimana peningkatan anak saya, cabaran, serta pelbagai lagi scenario sepanjang anak saya belajar di KLC.
Tunggu entri saya yang seterusnya ya!
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.