Jom kita baca sama-sama cerita yang dikongsikan oleh Teacher Syamirah ni!
Saya masih ingat pertama kali saya berjumpa dengan adik beradik kembar ini 2 tahun lepas. Si kakak, Ng Zhi Zhen. Si adik pula, Ng Zhi Shan. Ketika itu, umur mereka baru sahaja 3 tahun. Mereka berdua boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi mereka sangat pemalu, tidak mempunyai keyakinan diri dan cepat putus asa.
Ketika hari pertama saya menyuruh mereka untuk membuat ejaan, mereka langsung tidak tahu menulis.
“Teacher, help me. I don’t know how to write.”
Mereka mula muncung dan terus menangis. Serentak. Saya pun jawab,
“It’s okay. Don’t cry. Teacher will help you.” sambil memegang tangan kiri mereka (kidal) dan membantu mereka untuk menulis huruf daripada group 1 (s,a,t,i,p,n).
Apa yang lucunya ketika mengajar adik beradik kembar ini adalah apabila si kakak mula menangis, si adik pun akan ikut menangis sama sedangkan si adik ni tak tahu pun kenapa kakak dia menangis
Pada awalnya, memang susah sangat untuk saya biasakan diri dengan menguruskan mereka berdua. Mengajar si kembar ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Jika si adik membaca lebih muka surat daripada si kakak, si kakak akan mula rasa cemburu. Saya perasan bahawa si adik lebih banyak bertolak ansur daripada si kakak.
Manakala si kakak pula, manja sangat orangnya. Dia perlukan lebih perhatian daripada si adik. Suka sangat merajuk. Saya pula kena pandai memujuk. Pada masa yang sama, saya harus berlaku adil pada mereka berdua supaya salah satu daripada mereka tidak berkecil hati.
Sebelum ni, semasa membaca atau menggabungkan bunyi, mereka akan tunggu saya untuk tunjuk huruf di dalam buku tersebut satu per satu.
Ketika membuat ejaan pula, mereka hanya ingin melakukannya menggunakan huruf bermagnet di papan putih (mini whiteboard).
Saya gembira sangat sebab sekarang, si kembar sudah pun berada di “Level 3”.
Mereka kelihatan lebih matang dan lebih berdikari. Kini, mereka boleh membaca dan menggabungkan huruf tanpa menunggu saya tunjuk pada mereka satu per satu.
Ketika membuat ejaan pula, mereka sudah pandai menulis di dalam buku latihan mereka sendiri dengan menggunakan teknik “blending” tanpa menggunakan huruf bermagnet.
Saya pernah menerima WhatsApp daripada ibu si kembar:
“Thank you so much for your patience and effort to teach them. I know handling kids at this age is not easy, as I’m facing the same problems in my craft business also (ibu mereka mempunyai business dalam bidang melukis khas untuk kanak-kanak), so you have done a good job.”
Gembira sangat bila dapat tahu usaha kita selama ini dihargai. Ibu bapa si kembar juga sangat memahami keadaan anak mereka. Saya berharap sangat Ng Zhi Zhen dan Ng Zhi Shan terus berjaya dan menjadi anak yang pintar!
Lots of love, Teacher Mira
Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris memberi kesan kepada masa depan anak anda!
Bantu anak anda kuasai Bahasa Inggeris di awal usia
“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…
Cuba elakkan perkara di bawah semasa proses belajar BI anak anda di rumah. Ini kerana ia akan memberi tekanan atau "stress" jika dilakukan.