KLC Master Key Phonics
Bina asas membaca yang kukuh melalui pendekatan phonics yang sistematik, sebutan yang tepat, dan komunikasi Bahasa Inggeris yang yakin.
Apakah MasterKey Phonics?
MasterKey Phonics merupakan program pembelajaran Bahasa Inggeris berstruktur oleh KLC yang direka khas untuk membantu kanak-kanak menguasai hubungan antara huruf dan bunyi.
Melalui pendekatan phonics yang sistematik, pelajar akan membina kemahiran menyahkod (decoding) yang kukuh, meningkatkan ketepatan sebutan, serta mengembangkan keupayaan membaca dengan yakin dan lancar.
Kenapa kanak-kanak memerlukan belajar Phonics?
Membina Keyakinan Membaca
Kanak-kanak belajar menyebut dan menggabungkan bunyi perkataan, bukan sekadar menghafal, sekali gus membentuk kemahiran membaca yang sebenar.
Sebutan yang Tepat
Pelajar memahami bagaimana bunyi dalam Bahasa Inggeris berfungsi, seterusnya meningkatkan kejelasan pertuturan.
Kemahiran Ejaan yang Kukuh
Melalui pemahaman hubungan huruf dan bunyi, kanak-kanak dapat mengeja dengan lebih tepat dan konsisten.
Membaca Secara Berdikari
Pelajar menjadi pembaca yang yakin, mampu menyahkod perkataan baharu dengan mudah tanpa bergantung kepada bantuan.
Hasil Pembelajaran
Memahami hubungan antara huruf dan bunyi dengan jelas
Membaca daripada perkataan mudah hingga kompleks dengan yakin
Meningkatkan ketepatan sebutan dan kejelasan pertuturan
Membangunkan kemahiran membaca yang lancar dan berkesan
Membina asas Bahasa Inggeris yang kukuh untuk pembelajaran peringkat seterusnya
Mengapa Ibu Bapa Memilih KLC
Lebih 16 tahun pengalaman dalam pendidikan Bahasa Inggeris
Struktur pembelajaran phonics yang sistematik dan berkesan
Kelas kumpulan kecil yang interaktif untuk pembelajaran lebih fokus
Penilaian kemajuan berterusan untuk memantau perkembangan pelajar
Keputusan terbukti dalam meningkatkan kemahiran membaca
Berikan Anak Anda Kunci Utama KLC untuk Menguasai Bahasa Inggeris
Mulakan pembinaan kemahiran membaca yang kukuh hari ini